Bab 2

22 4 1
                                    

Pada malam jamuan diadakan di Rumah Anak Yatim Darul Ashtar itu berlangsung ramai kanak - kanak dan remaja yang memakai baju cantik - cantik, bagi kanak - kanak perempuan dan lelaki. Mereka kelihatan comel dan kacak tika itu.

*****

"Baiklah semua pada malam ini, kita telah pun ada keluarga baru yang masuk kedalam Keluarga Darul Ashtar. Dipersilakan Alis Syasya, Nur Rose Lisya dan Zedriq Khai."

Mereka bertiga keluar dari kamar mereka dan menuju ke sebuah dewan yang terdapat di Darul Ashtar itu. Mereka yang berada di dewan itu memandang tepat ke arah Rose, Alis dan Zedriq.

Mereka yang berada disitu semuanya tercengang kerana pakaian yang mereka bertiga pakai itu kelihatan segak dan cantik sekali. Namun ada beberapa remaja dan kanak - kanak disitu yang iri hati sama Rose dan Alis.

"Akak, kenapa diorang pakai baju cantik - cantik tapi kita tak." Ada seorang kanak - kanak berumur 3 tahun mengatakan hal itu kepada kakaknya yang umurnya 15 tahun.

Kakak kepada budak itu hanya memandang wajah adiknya yang seorang itu sambil tersenyum sinis apabila sudah mengetahui apa yang harus dilakukannya.

*****

"Kak Alis? Rose takut lah." Alis memandang wajah Rose dan mengerutkan dahinya.
"Kenapa Rose nak takut pulak bukannya ada apa - apapun." Kata Alis kepada Rose.

Mereka bertiga duduk di meja yang telah disediakan itu. Zedriq dengan wajahnya yang serupa dingin itu memandang tepat ke arah 2 orang gadis yang sejak dari tadi memerhatikan Rose dan Alis.

"Apa nama korang dua ha?" Tanya Zedriq kepada Alis dan Rose.
"Nama saya Alis dan adik ini pulak Rose Lisya." Beritahu Alis kepada Zedriq.

"Sebenarnya aku nak korang berjaga - jaga dengan budak perempuan dua orang dekat belakang tu." Kata Zedriq.

"Tapi kenapa kena berjaga - jaga dengan diorang pulak?" Tanya Alis polos.

"Haish kau ni, aku suruh korang hati - hati dengar je lah apa aku cakap." Zedriq meninggikan suaranya sedikit terhadap Alis.

Rose kelihatan pelik melihat mereka berdua yang sepertinya sedang bertengkar. Alis pandang Rose dan hanya tersenyum sahaja.

                      "Baiklah semua majlis bakal dimulakan dengan bacaan doa serta semua yang berada disini boleh memulakan menikmati hidangan di atas meja kalian." Kata MC.

Rose mengikuti Alis dari belakang untuk mengambil air kosong yang berada di meja makanan. Pada waktu itu ada seorang gadis yang cuba mendekati Alis sambil membawa air manis itu. Zedriq yang perasan akan tindakan gadis itu cepat - cepat menuju ke arah Alis.

" jaga - jaga." Jerit Zedriq kepada Alis. Alis memandang belakang lalu air sirap itu ditumpahkan dibaju Alis.

Semua yang berada disitu tercengang dengan apa yang terjadi kepada Alis. "Arghh." Alis menjerit terkejut lantas Puan Syiera datang kearah Alis dan Rose serta gadis itu.

"Apa yang dah jadi ini?." Tanya Puan Syiera kepada mereka berempat.

"Puan ni ha diorang berdua cuba nak tumpahkan air dekat atas baju saya, saya elak lah tapi terkena dekat baju Alis pula." Bohong gadis itu.

Alis menggelengkan kepalanya lalu memandang bajunya yang terkena air sirap itu.

"Puan? Bukan Kak Alis yang tumpahkan air tapi akak yang ini pergi simbah air dekat Kak Alis." Kata Rose dengan wajahnya yang sedih kerana baju Alis terkena air sirap itu.

Puan Syiera bingung tidak tahu yang mana satu yang betul kali ini. "Puan? Ini ha perempuan yang cuba dengki dengan Alis termasuklah Rose." Kata Zedriq dengan suara yang agak mendatar itu.

"Saya nak awak berlima masuk kedalam pejabat saya lepas ini." Semua hanya sekadar mengganguk apabila diberi arahan oleh Puan Syiera.

"Padan muka kau perempuan perampas." Hina gadis itu kepada Alis.

Mereka berlima menuju ke dalam pejabat Puan Syiera. "Assalamualaikum Puan." Zedriq memberi salam kepada Puan Syiera.

"Waalaikumussalam, masuk." Tegas sahaja nada suara Puan Syiera.

*****

"Baiklah, sekarang ini saya tanya kamu semua. Sapa yang mulakan dulu?" Tanya Puan Syiera kepada mereka semua.

Gadis itu bersama adiknya menuding jari kearah Alis. Tetapi Alis, Rose dan Zedriq hanya mendiamkan diri. "Are you sure Kiena?" Puan Syiera masih tidak berpuas hati dengan mereka.

"Cuba awak semua beritahu saya dengan jelas siapa punca semua ini? Dan siapa yang menumpahkan air kebaju Alis Syasya." Puan Syiera sudah meninggikan suaranya terhadap mereka semua.

"Puan Syiera? Sebenarnya akak ini yang tumpah air dekat baju Kak Alis. Kak Alis tak buat apa - apa pun. Sebab Kak Alis cuma nak ambil air je, tiba - tiba pulak abang ni cakap suruh jaga - jaga lepas tu pula akak ni simbah air dekat baju akak Alis." Jawab Rose jujur. Zedriq memandang wajah Rose.

'Jujur gila budak si Rose ni.' Kata hati Zedriq.

"Puan betul apa yang dikatakan oleh Adik Rose ni. Budak perempuan ni yang melebih sangat nak tumpahkan air dekat baju orang. Takde baju sendiri ke sampai nak tumpahkan air dekat baju orang ha?." Kata Zedriq.

"Baiklah sekarang ini Kiena awak perlu didenda sebab awak punca segalanya. Orang tak buat salah dekat awak, awak nak buat kecoh kenapa? Awak tahu tak baju yang Alis pakai ini baju saya yang beli untuk dia?" Kata Puan Syiera kepada Kiena.

Kiena sudah cuak apabila perbuatannya itu sudah kantoi oleh mereka bertiga. "Lain kali nak buat sesuatu tu biar berjaga - jaga jangan sampai kantoi. Buruk padahnya nanti." Zedriq memberi amaran kepada Kiena.

#####

Selepas sahaja majlis jamuan yang diadakan di Rumah Anak Yatim Darul Ashtar. Semua berpusu - pusu balik ke bilik mereka. Zedriq pula jalan seperti biasa dan memerhatikan Alis Syasya yang sedang berjalan bersama Rose Lisya.

'Aku betul - betul rasa ada benda yang tak kena dengan budak ni lah? Tapi apa dia ya ha? Haishh aku kena siasat banyak pasal budak ni, tak tenang aku kalau macam ni' Kata hati Zedriq.

                                Alis dapat menangkap apa yang dikatakan oleh adik Kiena, iaitu Riesha. "Akak. Riesha bencikan Rose itu!!! Eiii Eisha benci perampas tu lah!!!." Teriak Riesha geram terhadap kakaknya Kiena.

"Eisha? Janganlah menjerit macam ni nanti orang dengarlah!!." Kata Kiena kepada adiknya.

"Tak apa nanti akak rancang sesuatu supaya dapat halau dua orang perampas itu ya." Kata Kiena lagi.

Riesha terus tersenyum apabila kakaknya Kiena berkata seperti itu. "Akak kena janji yang akak kena buat diorang merempat tau." Alis tidak menyangka yang dua beradik itu sanggup lakukan mereka seperti itu.

Patutlah Zedriq menyuruh dia agar berhati - hati dengan mereka itu. Tak sangka macam itu sekali sangkaan mereka terhadap Alis dan Rose.

"Ya Allah, lindungilah aku dari ancaman bahaya Ya Allah. Hindari aku dari dianiaya oleh mereka." Doa Alis meminta perlindungan kepadaNya.

*****

Zedriq POV...

Aku betul - betul rasa tak puas hati lah dengan budak ini. Aura apa yang ada pada budak ni sebenarnya ha? Haishh parah lah hidup aku fikir pasal budak ni je.

Aku bukan apa cuma hairan je. Aku kena siasat lebih lagi pasal budak ini. Siapa diri dia yang sebenar atau identiti dia dirahsiakan oleh seseorang. Tak apa aku cuba cari kebenarannya.

Bersambung....

Tunggu next chapter pula ya👌

Vote,Komen And Share Gaess👇👇👇

Thankss atas kerjasama anda...

Cinta Dalam Ikhlas (HIATUS)Where stories live. Discover now