EPISOD 1-SEKOLAH BARU

949 5 0
                                    


       Pagi-pagi lagi, Haiqal sudah bersiap untuk ke sekolah barunya. Dia berasa sungguh gembira dan tidak sabar untuk mendaftar dirinya di sana.  Dia terlalu gembira kerana kali ini, dia akan bersekolah bersama-sama abangnya,Tengku Haqiem. Dan dia bernama Tengku Haiqal bin Tengku Ghazali.  Seawal 5.30 pagi, dia telah bangun dan solat subuh. Dia tidak tidur selepas itu kerana tidak sabar untuk ke sekolah barunya. Dia turun ke bawah dan menikmati sarapan yg disediakan oleh Mak Jah, orang gajinya yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.                                               

     "Morning mak jah, jom sarapan sama-sama. Mak jah masak apa pagi ni?. Kalau ya pun, tunggu lah papa."kata Mak Jah dengan senyuman yang menawan. "Hai awal bangun anak papa ni. Tak sabar nak ke sekolah baru ke?"tanya Tengku Ghazali kepada anaknya yang masih berumur 15 tahun itu.  "Mestilah papa. Haiqal dah bangun awal-awal lagi. Pukul 5.30 tau!"kata Haiqal dengan nada yang gembira. "Barang semua dah siap? IC semua dah ada?                                          Dah papa semua beres. Tiptop, takde yg tertinggal. Ok good anak papa ni. Abang mana? Pergi panggil dia turun sekarang. Nanti lambat.''kata Tengku Ghazali. "Eh takpe, biar Mak Jah yang panggil. Haiqal makanlah dulu ye.'' Mak Jah berlari-lari anak ke atas untuk memanggil Haqiem. "Haqiem bangun!. Papa dengan Haiqal dah lama tunggu kat bawah.'' Mak Jah sudah biasa mengejut lelaki yang berusia 16 tahun itu.  Tiba-tiba daun pintu itu dikuak. "Kejap Mak Jah, Haqiem tengah iron baju ni. Dah² biar Mak Jah yang buat. Pergi turun makan. Terima kasih Mak Jah''senyum Haqiem.  Mak Jah sudah masak dengan perangai keluarga Tengku Ghazali. Dia menyayangi keluarga itu seperti keluarganya sendiri.  Mak Jah juga sudah tiada keluarga. Pokoknya, hanya keluarga Tengku Ghazali saja tempat Mak Jah dapat menumpang kasih sayang.

..........................

       "Eh Haiqal, awal kau bangun. Semangat betul!"terkejut dengan adiknya yang liat bangun pagi sudah terpacak di meja makan. Selalunya waktu begini adiknya masih dibuai mimpi. ''Barang kau semua dah siap ke?''Haqiem menanya adiknya. ''Dah,aku bukan macam kau!''pantas adiknya menjawab persoalan yang diberikan oleh abangnya itu. "Kau kat sana jaga diri sendiri. Mak Jah takde. Aku takde masa nak layan kau. Pandai-pandai lah jaga diri. Padan muka.''cebik Haqiem pada adiknya. "Pandai lah aku jaga diri nanti. Bukan aku tak biasa. 5 tahun aku duk Amsterdam dulu. Berdikari tau, bukan macam kau. Baru 3 tahun duk hostel dah kecoh.''marah haiqal.  "Dah² makan cepat karang papa tinggal jugak dua² ni. Abang Raziq dah lama tunggu." Selesai makan mereka terus membawa masuk barang² ke dalam Vellfire berwarna hitam yang sudah lama menunggu.  "Lamanya, penat abang Raziq tunggu tau. Ni hah, Haqiem ni yang lambat."adu Haiqal pada abang Raziq. "Amboi sedap mulut kau je cakap aku lambat."Haqiem memberi jelingan maut kepada Haiqal. "Henpon kau dah bawak belum?"terlupa yang sekolah mereka itu merupakan sekolah swasta yang maju. Kebanyakan mereka adalah kalangan anak² Dato', Tan Sri dan anak² jutawan.








guys best tak cite ni? sorry author masih baru lagi dlm bidang penulisan. Don't forget to vote!

HilangWhere stories live. Discover now