ㅡpark seonghwa's pov
" sebenarnya aku sukakan kau. dah lama aku sukakan kau tapi baru sekarang aku bersedia untuk beritahu kau. " kata aku.
chaeseol terdiam. Dia seakan-akan terkejut dengan apa yang baru saja keluar dari mulut aku.
" kenapa? kau tak sukakan aku ke? " soal aku.
tiada jawapan daripadanya.
" maaf, aku tahu kau pasti anggap kita cuma sebagai kawan. tapi aku tak boleh...aku sudah jatuh hati pada kau. "
mata aku membulat selepas aku menerima satu ciuman pada pipi aku. chaeseol tersenyum lebar ke arah aku.
" aku pun. puas aku ingatkan diri sendiri supaya tak jatuh cinta pada kau tapi aku pun tak boleh. aku pun sukakan kau. " Kata chaeseol.
aku terus menarik chaeseol masuk ke dalam pelukan aku. perlahan-lahan aku mengeratkan pelukan itu. aku sangat gembira sekarang ini. kami berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.
" tapi aku ingatkan kau sukakan junkyu sunbae. kau asyik bermesra dengan dia saja. " kata aku selepas meleraikan pelukan itu.
" aku sukakan kau seorang je. aku cintakan kau. " kata chaeseol.
" 저도 사랑해요 (i love you too)"
chaeseol tersenyum ke arah aku. tangan aku ditariknya dan dia memegangnya erat. kemudian dia memandang ke arah aku dan tergelak kecil.
" akuㅡ"
" ehem no aku-kau anymore. saya tak suka. " kelihatan chaeseol tergelak besar.
" yelah, seonghwa. so, kita gunakan saya-awak? macam tu? " soal chaeseol.
aku menganggukkan kepala laju. not bad jugalah bila gunakan saya-awak ini. nampak macam soft saja. dengan muka sehensem ini, aku pasti chaeseol takkan larikan diri daripada aku. wah, yakinnya.
aku mula berdiri dan menarik tangannya.
" jom. "
" pergi mana? " soal chaeseol.
" 비밀 (it's a secret) " aku menariknya untuk berdiri dan dia hanya mengikuti aku.
sedikitpun dia tidak membantah. chaeseol, aku dah lama nak lakukan benda ni bersama-sama dengan kau. aku jangkakan inilah harinya.
ㅡkedai komik
" nak buat apa dekat sini? " soal chaeseol.
" baca komik sambil makan ramen. "
chaeseol hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju. kami berdua mengambil beberapa buah buku komik dan duduk di satu meja.
" biar saya pergi buatkan ramen. "
aku menggeleng perlahan dan menghalangnya dari pergi.
" ani. Biar kita berdua masak sama-sama. " kata aku.
satu tamparan hinggap pada bahu aku dan chaeseol terus beredar pergi. aku hanya mampu tergelak kecil. comel betul dia bila berperangai seperti budak-budak macam tu.
" jung chaeseol, tunggulah saya. "