<Two🐯>

185 14 1
                                    

Di University
"Eyrin! Jung Eyrin!"kuat jeritan yang diberi oleh Jaehwa untuk menarik perhatian Eyrin yang sedang leka berjalan.
Akhirnya gadis itu berpaling dari perjalanannya.
"Haishh kau ni kalau panggil tu cuba lah perlahan sikit. Dah macam nak roboh U ni sebab suara kau!"kata TaeRa.
"Sorry tadi aku tak dengar kau panggil.."balas Eyrin.
"Kau okay tak ni Eyrin? Kau nak makan apa-apa tak? Ke kau nak minum coffee or chocolate?"tanya TaeRa dengan bertubi-tubi.
"Aku okay lah. Kenapa kau nak risau sangat ni."kata Eyrin dengan nada yang perlahan sambil ketawa sedikit selepas melihat ragam rakannya itu.
"Eyrin.. maafkan aku.."kata Jaehwa dengan perlahan.
"Kenapa pulak ni? Bukan salah kau lah! Biarlah dia. Itu apa yang dia pilih dan aku harap dia tak menyesal."kata Eyrin sambil melihat ke arah kedua-dua rakannya itu.
"Tapi.. kalau aku tak kenalkan dia dekat kau mesti semua ni tak jadi.."kata Jaehwa dengan rasa yang bersalah.
"Perkenalan itu adalah satu takdir. Percintaan itu adalah satu Keinginan dan Perpisahan itu adalah satu pilihan. Jadi kau tak salah okay?"kata Eyrin sambil memeluk Jaehwa. Dia tahu Jaehwa akan rasa bersalah atas kesalahan Dae Ji tapi itu pilihan jejaka itu. Takdir yang mengenalkan mereka dan pilihan yang memutuskan mereka jadi bukan salah Jaehwa kerana itu adalah pilihan Dae Ji untuk meninggalkan Eyrin.
"Dahlah jom masuk class. Kang tak pasal-pasal kena kutuk dengan prof kang."kata Eyrin sambil ketawa melihat kawannya yang tergopoh-gapah memegang buku dan berjalan ke dewan fakulti itu.Bagi Eyrin mereka adalah sahabat yang dia paling sayang kerana apabila salah seorang dari mereka mempunyai masalah, masing-masing akan cari cara untuk menyelesaikannya. Dae Ji? Biarlah dia mengejar kehidupannya. Mungkin suatu hari nanti dia akan menyedari kesilapan yang dibuatnya tapi sayang seribu kali sayang, dia tidak boleh berpatah balik kerana Hati Seorang Gadis yang bernama JUNG EYRIN telah keras dan tidak mampu untuk memberikan kasih sayangnya kepada lelaki-lelaki lain. Luka? Ya, itulah apa yang dipendam oleh gadis itu. Bukan sekejap masa mereka bersama. Tapi bukan sekejap masa untuk melupakan orang yang dia pernah dicintainya.

 Tapi bukan sekejap masa untuk melupakan orang yang dia pernah dicintainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau ada masalah or typo tu ampunkan patik ye. Ku hanya manusia biasa.😂 please keep reading guys✊🏻. Will be continue❤️

Be My LOVE -KTH🐯Where stories live. Discover now