LISA POV
Aku merenung wajah mama dan papa yang tersimpan cantik dalam album itu. Aku sangat merindui mereka berdua. Aku masih ingat lagi kata-kata terakhir mama kepadaku.
Flashback
"Lisa, mama..nak..pesan satu saja. Jaga diri baik-baik. Dengar cakap nenek dan jaga Coffee Shop dengan baik, hanya itu hadiah yang mama boleh mama bagi kepada Lisa. Ingat..."
"Mama..."
Itulah kali terakhir aku melihat wajah mama yang hangat itu. Saat aku melihat kedua belah mata mama tertutup, aku sedar bahawa mama sudah tiada. Setelah ayah disahkan meninggal beberapa minit sebelum mama pergi, aku sudah bersedia, bersiap untuk menerima takdir itu.
"Lisa, kamu rindukan mak dan ayah, ya?" Lamunanku terhenti. Aku melihat nenek sedang masuk ke dalam bilikku.
Aku juga faham nenek pasti merindui mama dan papa. Aku tahu bukan senang untuk menerima kenyataan pada awalnya. Namun, mama dan papa pasti tenang di sana.
"Nenek faham. Esok Lisa akan buka Coffee Shop awal kan? Kenapa belum tidur lagi?" Soal nenek. Aku baru teringat esok aku ada temu bual bersama beberapa wartawan, berkenaan dengan resipi baru.
"Ya, Lisa baru teringat, nenek. Ini semua berkat pak cik Kim sebab sudi memberitakan tentang resipi dan kedai tu. Lisa tak tahu macam mana nak balas budi pak cik Kim." Kataku.
"Ya, nenek tahu. Dia banyak bantu kamu dalam dunia bisnes ni. Tapi, kamu kena ingat, dalam dunia bisnes kena pandai dan selalu jujur. Barulah bisnes berjaya. "
Kata-kata nenek membuatkan aku bertambah semangat. Esok akan menjadi hari yang sangat bahagia buatku.
.........
"Lisa, kami semua doakan kamu semoga berjaya, ya? Berusaha lah." Kata Mak cik Kim.
"Ya, kakak berusaha lah. Saya akan mendoakan kakak supaya kakak berjaya." Kata Junhee, anak mak cik Kim.
YOU ARE READING
Love In The Coffee Shop (LIZKOOK POV)
FanfictionA cup of coffee shared with a friend is a happiness tasted and time well spent.