Bab 3

28.6K 987 11
                                    

Isnin tu, aku pergi sekolah macam biasa.

Bezanya aku tak ceria macam sebelumnya. Apa yang cikgu ajar pun aku ambil secara lewa. Apa orang cakap pun, aku cuma balas dengan 'Emm', 'Aah', atau kalau dah tak dengar sangat, 'Ohh, yeke?'.

As bestfriend, memang Nud perasan perubahan tingkahlaku aku dari pagi, sampai ke tengahari tu. Dan dari pagi sampai tengahari tulah dia tak pernah bosan tanya aku okay atau tak. Memang aku hargai dasar ambil berat dia. Cuma kadang-kadang aku harap dia tutup mulut dia, dan layankan saja perangai aku hari tu.

"Wei Mar, kau kenapa? Kau ada masalah ke? Bagitaula aku. Ke.. Kau ada gosip baru pasal crush aku tu?" tanya Nud. Aku pandang dia macam endah tak endah. "Aku tak ada apalah," balas aku, pendek. "Alaaa. Kau selalu macam tu. Sharelah dengan aku. Apa guna aku jadi bestfriend kalau kau tak nak share?" jawab Nud. Kesian la pula.

"Benda ni secretlah. Secret among the secretest. Kau mana boleh tau. Dahlah mulut tempayan!" ujar aku sambil senyum nakal. "Ooo. Sampai hati kau kan? Dengan bestfriend pun nak kejam macam ni. Hey, aku mulut tempayan dengan orang lain je tau, dengan bestfriend biar pecah di perut, jangan pecah di mulut, tau?!" kata Nud. Aku cuma gelak besar. "Balik nanti, on WhatsApp. Aku bagitau," kata aku. Memang aku tak dapat simpan rahsia lama-lama dengan Nud.

Sebab Nud tu, bestfriend aku. And bestfriend are meant to be the person who we share our secret with. And they are the people who we have to believe that will keep our secrets till the end. No matter if one day we fight, they will still keep our secret.

**********

'Hey awek. Cepat cerita mslh kau. Tak sanggup nk tgk kau berduka nestapa'  -Nud

'Ready for the surprise? Tapi kau kena janji, jangan sesekali bagitahu sesiapa pun. SESIAPA!' -Aku

'Jgn seksa daku begini, Mar. Cptlah! Apa dia?' -Nud

'Ada orang meminang aku.' -Aku

'Ehh kau ni. Cakapla betul-betul. Org tanya, dia ajk bgurau pulak!' -Nud

'I'm serious, nud. This thing isn't a good thing to be played with' -Aku

'OMG! OMG! OMG!!! Kenapa tak bgtau aku awal-awal! This is such a good news, Mar! So, who's the lucky guy? Korang tunang ke nikah terus? Tunangnya bila? Nikahnya bila? OMG! I'm so excited for you, Mar!' -Nud

'Aku tak kata lagi aku setuju ke tak, ok? So don't get your hope up so high, pls.' -Aku

**********

Ayah dan mak tak cakap apa-apa langsung pasal peminangan tu. Langsung. Sebutir apa pun pasal hal meminang tu tak keluar dari mulut diorang. Tapi sebagai anak, aku punya firasat mengatakan mereka masih mengharap.

Aku pula terus menyendiri. Adik aku pun dapat rasa kelainan yangada pada diri aku. Akuntak dapat nak kawal perasaan ni. Fikiran aku bercelaru. Kalau aku terima, macam mana pula dengan nasib aku? Kalau aku tolak, macam mana dengan perasaan orang di sekeliling aku?

'Argh! Kau yang nak kahwin, Mar! Bukan mak dan ayah kau! Stop thinking about other people's feelings, please!' kata hati kecilku yang jahat.

'Tapi.. Bukan ke ini satu cara untuk aku balas pengorbanan diorang? Memnglah budi mak dan ayah tak dapat aku balas sampai mati, tapi bukankah dengan menerima pinangan ni akan menggembirakan hati diorang? Macam mana pula dengan perasaan keluarga pihak lelaki kalau aku tolak? Ayah si Rafiq tu bestfriend ayah pula tu. Nanti macam mana relationship ayah dengan dia?' kata hati kecilku yang berpihak kepada perkara mazmumah.

'Ahh.. Kau persetankan itu semua, Mar! Kalau kau tak bahagia dengan perkahwinan kau nanti, kau juga yang merana. Kau nak jadi janda muda? Kau agak bila kau jadi janda muda, mak ayah kau akan gembira? Tak, Mar! Tak! Jadi, better kau play safe je! Tak payah terima pinangan tu.' kata hati kecil yang satu lagi.

Ahhh! Serabut!

Cerita Aku: Kahwin MudaWhere stories live. Discover now