Chapter - 13 Get Back?

141 11 1
                                    

Tiba tiba, aku membelakkan mata aku.

"Brughh"

Yuju tiba tiba memeluk aku. Aku tidak tahu apa yang patut buat. Jadi secara automatik aku pun memeluk dia.

"Tolong, untuk kali ini, biar aku peluk kau untuk kali terakhir" kata Yuju menagis. "Yuju...shuuuuu" kata ku mengusap kepalanya menenangkan dia.

Apabila tangisan dia mula hilang, aku menarik tangannya. Aku membawa nya duduk di kerusi. Kami cuma memandang kosong ke arah meja makan.

"Saya nak pergi dulu" kata Yuju berdiri. Aku memegang tangannya untuk duduk kembali. "Teman aku makan" kata ku. Dia duduk.kembali.

Sangat senyap di dapur ni. Tapi di ruang tamu bising lah sebab ada hyung dan noona di sana.

"Maaf" kata ku tiba tiba. "Kenapa?" tanya Yuju. "Sebab dah sakitkan hati awak. Tap...." kata ku tapi dipotong oleh Yuju. "Aku tak nak dengar cerita tu lagi" kata Yuju mengelak dari aku.

"Yuju please dengar dulu apa yang saya nak cakap" kata ku merayu cuba memegang tangannya. Tapi dia malah menepis tangan ku. "Memang kau dah sakitkan hati aku! Jungkook...." kata Yuju lalu mengambil tanganku.

Aku terkejut. Dia sangat marah sampaikan aku tak berani nak cakap. "Aku rela sakit berdarah, luka, cedera daripada sakit ni" kata Yuju lalu meletakkan tanganku di hatinya. "Aku sanggup sakit cedara berdarah luka demi kau daripada sakit hati. Aku faham kau nak lindungi aku, tapi saya masih sayangkan awak. Awak tak sayangkan saya lagi?" kata Yuju penuh dengan emotional.

Dia menundukkan kepalanya. Aku menarik nafas dalam dalam. "Huh... Yuju ingat,  walaupun apa apa je yang cuba menghalang kita, tapi aku tetap sayangkan kau. Pasal Sana tu aku cuma tipu dia. Aku masih cintakan kau Yuju. Tapi tolong jangan mengelak dari aku. Aku akan pastikan hubungan kita macam dulu." kata ku. "Sukahati kaulah. Aku dah malas nak cakap benda ni. Buat aku pening je." kata Yuju sambil meninggalkan aku bersendirian di dapur.

End Of Jungkook POV

Author POV
Semakin hari semakin jauh hubungan Jungkook dan Yuju. Member lain cuma risau akan rakan mereka.

Yuju pula selalu menangis diam diam. Penyakit dia semakin teruk. Mimpi buruk selalu datang menimpa dirinya. Yuju selalu bersendirian.

Walaupun hubungan Jungkook dan Yuju tidak begitu rapat seperti dulu, namun Jungkook selalu memerhatinya.

"Okay, so esok korang kena kumpul di airport  sebelum jam 8 pagi. Okay?" kata Mr.Nam. "Okay" kata mereka sekelas. "Yuju, ikut aku pergi bilik guru." kata Mr.Nam. "Ne" kata Yuju lalu mengikut Mr.Nam.

Bilik Guru
"Sila duduk" kata Mr.Nam dan Yuju pun duduk di kerusi depan Mr.Nam. "Ada apa saem nak jumpa saya?" tanya Yuju. "Yuju, aku nak kau ambil ubat ni untuk mengurangkan sakit kepala. Ambil ubat ni sebelum kau makan sarapan, tengah hari dan sebelum tidur." jelas Mr.Nam kepada Yuju. "Terima kasih saem" kata Yuju lalu menunduk pada Mr.Nam.

Sedang Yuju kembali ke kelas, seseorang telah menarik rambutnya. "Arghhh! Sakit." kata Yuju. "Sakit lagi? Huh sakit? Happy kau sebab kau dapat pergi England kan?" kata Sana lagi menarik rambut Yuju.

Yuju menangis. "Apa lagi Sana?!" tanya Yuju. "Kau jangan nak happy dengan Jungkook bila kau kat England!!! Jangan ngegeh sangat okay. Kalau aku tahu yang kau rapat lagi ngan Jungkook siap kau!! FAHAM?!!!" kata Sana lalu menguatkan lagi tarikan rambut itu. "Arghhhhh!!!!!" kata Yuju.

I Love You The Most ✔Where stories live. Discover now