Permulaan hidupku bukan seperti kebanyakan keluarga di luar sana. Setahu aku, seperti orang barat nyatakan I wasn't born with a silver spoon in my mouth. Pepatah tersebut adalah deskripsi yang tepat sekali. Kehidupan berpindah randah membantu aku belajar berinteraksi dan berkomunikasi sesama ahli keluarga, rakan-rakan serta semestinya bersama orang yang digelari strangers. Benar orang kata don't talk to strangers, jadi adakah normal kalau aku berada dalam kalangan ramai tetapi mendiamkan diri? Ataupun berimaginasi seperti sedang bersendirian dalam suatu kawasan di bawah bumbung yang sama dengan mereka?. Itu barulah boleh digelari crazy kid. Jadi sebenarnya kalau dilihat dari segi positif sememangnya terdapat pelbagai manfaat juga dengan kerap berpindah randah dalam jangka masa yang agak pendek.
Aku mulakan dengan kehidupanku pada zaman tadika.I could remember it like it was only yesterday. Apa yang aku masih ingat, tadika aku di 3Q MRC, yang bertempat di Subang Jaya. Ketika itu segalanya sempurna, semua ahli keluarga aku menetap hanya di bawah satu bumbung dan hari aku lengkap dengan sering bersuka dengan mereka. Tadika aku hanya beberapa minit dari rumah aku. Sejak mama sibuk bekerja, salah seorang daripada cikguku telah menawarkan dirinya untuk mengambil aku dari rumah ke tadika. Mama aku bersetuju lalu menetapkan bayaran monthly transport payment. Hingga hari ini masih kelakar bagi aku is the fact that dalam kelas aku, hanya ada aku dan dia. Kalau tak silap dia berbangsa cina. Aku tidak ingat namanya but if we were meant to be, we would see each other sooner or later buddy. Tetapi ini buku cerita bukan drama cinta AHHAHAHA.
Years passed and lesser family members stayed under one roof. Semua jadi berbeza kerana ada yang menuntut ilmu, ada yang bekerja, berkahwin dan sebagainya. But to be fair I don't actually mind, because that's life. Kita tak akan dapat tentukan siapa yang pergi siapa yang tinggal kerana dalam kehidupan tiada yang kekal. Dalam kehidupan you learn to forgive and forget, move on and live a life. Kemudian, aku juga berpindah ke Labuan bersama mama aku. Mama aku tiada tandingannya, in other words she's just one in a billion. Aku bersyukur dia mama yang cukup hebat dalam berkorban dan menjaga aku. Seperti mama orang lain, semua mama inginkan yang terbaik buat anaknya. So my mama decided to place me at Labuan International School. Jadi ini permulaan kedua dalam hidupku mengharungi ke zaman persekolahan sekolah rendah.
YOU ARE READING
Ro-jak
Short StoryHari hari berganti, kini mengimbas kembali kenangan lalu hingga tiba ke suatu pengakhiran? ataupun detik permulaan yang baharu? Mari tentukan😉