034

288 34 2
                                    

"Siapa call kau?" Soal Taehyung yang sedang mengemas begnya.

"Omma aku." Jawab Jimin.

"Omma kau? Dia tau ke yang kau lari hospital?" Soal Taehyung. Terpapar riak terkejut pada wajah Taehyung.

"Dia baru tau rasanya. Lantak la. Kalau dia sayangkan aku, kenapa baru sekarang dia perasan yang aku hilang?" Ujar Jimin dingin.

Jimin menyambung semula mengemas begnya.

Keesokan harinya

"1, 2,3,4,5,6. Aik,asal 6 orang je mana lagi sorang?" Soal Namjoon.

Dia mengira bilangan rakan²nya sebelum mereka bertolak.

"Haih, kau ni. Nanti kalau aku kata kau bangang kau marah. Diri kau sendiri kau tak kira ke sial??" Ujar Yoongi. Ha kan abang gula kita dan carut pagi².

"Eh haah la. Hehe. Sorry. " Namjoon menggosok lehernya lalu tersengih.

"Dah jom bertolak. Nanti lambat pulak kita sampai." Ujar Seokjin selaku pemandu.

--------------------

Setelah hampir 8 jam memandu akhirnya mereka sampai di Ilsan. Kampung Namjoon. (Author main letak je 8 jam 😂😂)

"Ha. Dah sampai. Korang tu-" Tidak sempat menghabiskan kata²nya,mulut Seokjin ternganga melihat rakan²nya yang sedap tidur di belakang.

Namjoon yang berada di sebelah dia juga sama. Dengan mulut ternganga. Berdengkur lagi.

Manakala di belakang, Yoongi yang peluk bantal Kumamon dia. TaeKook peluk each other. Kepala Jimin dah terlentok kat bahu Hoseok.

"Yah! Bangun! Aku penat² drive, sedap je korang tidur. " Ujar Seokjin lantang.

Terus terbangun mereka semua dengan muka yang mamai dan terpinga².

"Ha? Kita kat mana ni?" Soal Jungkook mamai.

"Huarghh. Penatnya." Ujar Taehyung yang baru bangun. Dia menguap kecil lalu mengeliatkan badannya.

"Penat? Macam la kau yang drive." Ujar Seokjin.

Selepas itu,seorang demi seorang bangun dan mereka menuju ke rumah Namjoon.

Pintu rumah diketuk Namjoon. Dia tidak memberitahu ommanya yang dia akan balik. Nak surprise katanya.

Tidak berapa lama kemudian. Pintu dibuka dan muncullah seorang wanita yang dalam lingkungan 40 an iaitu omma Namjoon.

"Namjoon? Kenapa balik tak bagitau omma." Soal Puan Kim pada anak lelakinya itu.

"Saja je nak surprise hehe." Seloroh Namjoon.

"Ish kamu ni." Puan Kim menampar manja bahu Namjoon.

"Omma, kawan2 Namjoon pon ikut sekali. Omma ingat tak dorang ni semua?" Namjoon memperkenalkan bangtan kepada ommanya.

"Ni bukan kawan2 kamu masa sekolah dulu ke?" Soal Puan Kim.

"Betul la tu." Sampuk Taehyung.

"Ish kau ni. Jangan sampuk orang cakap la." Seokjin menampar bahu Taehyung.

"Hehe." Taehyung hanya tersengih.

"Kamu semua masuk la dulu. Rehat,mandi. Buat je macam rumah sendiri." Ujar Puan Kim.

Setelah rehat dan mandi mereka mengemas barang² mereka.

"Eh,mana Hoseok." Soal Namjoon. Dia mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Dia yang paling last mandi.

"Dia kata nak ambik angin kat luar." Ujar Jungkook.

"Malam² ni ambik angin kat luar?" Soal Namjoon.

Hoseok p.o.v

Aku duduk di atas kerusi kayu di luar rumah Namjoon. Sejuk pula malam² kat luar ni.

Langit yang luas aku pandang. Aku teringat pada omma. Bila aku tengok Namjoon mesra dengan omma dia,aku cemburu.

"Hobie rindu omma."

Ayat² tu terkeluar dari mulut aku.

"Yah Hoseok. Kau buat apa malam² kat luar ni?" Tiba² Namjoon menegur aku.

"Saja ambik angin malam." Tipu aku.

"Dah la. Jom masuk. Nanti kau demam pulak." Ujar Namjoon.

"Yer la²." Ujar aku lalu mengikuti Namjoon masuk ke dalam rumah.

TBC

[√] Our Friendship Story | BTSWhere stories live. Discover now