Aurora merebahkan dirinya di katil...Dia melepaskan keluhan kecil..Tidak lama kemudian dia pun terlelap..
**************************
"Anak mamy tersayang...come!"-Puan Alice memanggil ketiga anak nya yang sedang bermain di halaman rumah..Grace,Jay dan Aurora belari riang menuju ke arah puan Alice dan tuan Jaden..
"Kenapa mamy?"-comel suara Aurora yang masih berumur 5 tahun..
"mamy nak bagi kamu bertiga cincin...cincin ni tanda keluarga kita..,mesti pakai ok sayang..jangan sesekali hilangkan?"-ujar puan Alice.
Puan Alice menunjukkan cincin yang dibuat khas untuk anak2nya..Cincin tersebut melambangkan bahawa mereka akan mewarisi kuasa ayah mereka yang adalah seorang mafia yang paling digeruni...
Tetapi nasib kurang menyebelahi mereka...Kereta yang dipandu oleh tuan Jaden dan puan Alice terbabas ke gaung dipercayai disabotaj musuh..kedua nya terkorban kecuali Aurora ..Jay dan Grace masa itu ditinggalkan di rumah dijaga oleh pembantu rumah..Diikutkan Aurora tidak dibenarkan ikut..tetapi melihat Aurora yang menangis menghentak2 kan kaki kecil nya di lantai..puan Alice dan tuan Jaden terpaksa membawa juga Aurora bersama..
Aurora menangis di dalam kereta kerana melihat ibu dan ayahnya tidak menyedarkan diri..Tiba2 dia merasa tangan kecilnya ditarik oleh seorang lelaki separuh umur..Lelaki tersebut mengeluarkan dia dari kereta..
"sabar sayang ..shhh... uncle bawa pergi rumah uncle ya..daddy sama mamy dah takde.."-ujar lelaki tersebut..Aurora mengeleng tidak mahu tetapi lelaki tersebut terus membawa dia masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan ayah dan ibunya yang masih lagi berada di gaung..
**************************
Aurora terbangun dari tidur .Berpeluh2 dahinya..Dia tidak sangka akan bermimpi sebegitu..dia memegang rantai lehernya..dibeleknya cincin yang tidak muat sudah dijari nya.."Daddy ,mamy"-tidak sedari dia mengalirkan air mata..
"adik pasti akan cari siapa yang bunuh mamy dan daddy.."-Aurora merenung tajam almari di depannya..Dendam yang telah lama terkubur timbul kembali...gigi nya diketap menahan marah sambil dia mengenggam rantai yang tergantung cincin pemberian arwah orang tuanya..
YOU ARE READING
Who am I?
RomanceAurora Lizz seorang gadis yang penuh dengan misteri...Dia sedaya upaya untuk menyimpan segala rahsia mengenai dirinya daripada orang lain..Rahsianya terbongkar apabila dirinya diselamatkan daripada dirogol oleh ketua mafia BLACK SNAKE.. "siapa kau s...