"Saera sayang, kenapa ni nak?", tanya Eomma sambil mengetuk pintu bilik aku
Cis, Eomma ni. Tak sweet betul. Masuk jela. Nak jugak diketuk pintu yang tak bersalah itu. Kesian dia
Iya, Kim Saera yang bodoh tengah nangis pun masih boleh buat lawak hambar dia
Biasa la, Kim Saera kan?
"Saera, diet! Junhyun kata Saera dah gemok!"
Iya, Eomma tahu tentang aku bersama Junhyun
Esok-esok sahaja la aku bagitahu kebenarannya. Biar Eomma nampak beng-ehem. Tak baik, Kim Saera
"Hok aloh jate tu! Kalau kamu lapar, Eomma ada simpankan makanan kamu ada peti ais. Nanti panaskan, okay?"
"Nae!", jerit aku
Jam di dinding, aku lihat. Baru pukul lapan malam. Masih awal untuk tidur. Lagi pun, balik sahaja jumpa Junhyun tadi aku terus tidur. Iya, dalam teksi puas sudah aku menangis
Aku peduli apa pakcik itu usha
Mesti dia ingat aku mati lelaki
Telefon bimbit yang berdering itu aku lihat
Yerin Pabo Ked Jer
Sah la dia ni call sebab nak bagitahu yang dia dah beli album group yang dia minat tu tak pun dia beli tiket ke apa. Tak percaya tengok la nanti
Saera : Bwo?
Yerin : Guess what!?!?
Saera : Apa lagi
Yerin : Bighit tengah buka audition!
Saera : Jangan berangan la, Park Yerin
Yerin : Kenapaaa, bukan audition untuk nyanyi itu la! Ini untuk staff
Saera : Ha kerja la sebagai cleaner. Sesuai untuk kau
Yerin : Weh, aku sanggup!
Saera : Aku syak kau kena santau ni
Yerin : Alaaa tak support! Btw, aku dah hantar resume aku! Kau doakan la aku dapat kerja. Selalunya mulut kau masin kan?
Saera : Ha meh rasa mulut aku. Dah la, gtg bai!Tak habis habis, tak faham aku
Baru sahaja aku hendak masuk ke dalam bilik air, pintu bilik aku diketuk beberapa kali
Mashallah mashallah, kesian pintu tak bersalah ini!
Pintu aku buka
Baru sahaja aku hendak marah tetapi terbantut niatku apabila wajah Eomma yang menyerlah
"Wae?", tanyaku dengan malas
Dah kenapa pula orang tua ni tersengih-sengih?
Dahiku berkerut. Agak-agak boleh dapat wifi laju tak? Okay tak sampai
"Eomma, kenapa ni? Sekejap! Eomma nak kahw-"
"Kepala hotak kamu! Ini, kawan eomma suruh kamu datang ke tempat kerja kawan dia esok. Kamu diterima!"
"Mwo!? Yah yah yah betul keee ni! Eomma series la ni?", terus aku memeluk tubuhku
Tak tipu, tapi ini kerja yang aku dapat buat kali pertamanya setelah hidup selama 25 tahun. Okay, bukan aku yang cari tapi ala rejeki. Ala u know rejeki, know kan kan
"Kamu ada baju untuk pakai esok?"
Terus aku masuk ke dalam bilik semula dan almari baju aku buka. Mata aku mula scan. Tolong la, keluar wahai baju lawa
Okay! Ada
"Eomma, ada!"
Hilang terus masalah Junhyun dikepala aku
Finally, Kim Saera!
Let's work hard!
***
Kawan Eomma kata aku perlu datang pada pukul 9 pagi tetapi pukul 6.30 pagi aku sudah bangunMemikirkan sahaja tentang ini, terus jantung aku berdebar! Terasa bercinta pula
Aku memandang penampilan aku di cermin buat kali terakhir sebelum keluar. Okay, perfect!
Jam dinding sudah menunjuk pukul 8 pagi
Eomma pula sudah bebel di bawah. Takut jalan jem

YOU ARE READING
Eternal love
RomanceAku tak reti nak tulis sinopsis, korang baca je. Kalau suka vote, tak suka kena suka jugak!