10 tahun lalu...."Ya ya..Esok ayah belikan" kata ayah berjanji.
"Yeay! Janji tau ayah nak beli coklat dekat Mai dan Eca"Ucap Mai pelat kanak-kanak berumur lingkungan lima tahun memeluk ayahnya Encik Zahid.
Eca atau Siti Aisyah adik kepada Mai turut memeluk Encik Zahid.
******
Keesokannya....
"Eca,ayah dah balik!Coklat kita dah campai!"Mai memberitahu adiknya.
"Yeay,coklat!"Eca dan Mai berlari anak ke arah ayah mereka.
"Ayah dah balik!Nak coklat" Eca membuat memek muka comel.
"Hah,coklat?Ayah lupa beli la..Esok ya"Encik Zahid berjanji untuk kali kedua.
"Umm,okaylaa..Ecok beli la,jangan lupa...Mai lapar coklat"
"Eca pun.."
Mereka berdua berjalan lemah memasuki ke dalam rumah sewa bersaiz sederhana itu.
Namun janji untuk kali kedua itu juga tidak ditepati yang beralaskan alasan tiada duit.Kanak-kanak semuanya percaya walaupun alasan itu tidak wajar.
Perlakuan begini telah mengajar sedikit demi sedikit kepada kanak-kanak untuk tidak jujur dan menepati janji.Hati-hati buat orang tua di luar sana.Setiap tingkah dan kelakuan anda adalah contoh kepada anak-anak anda.
YOU ARE READING
SITI MAISARAH
General FictionAku hanya seorang gadis biasa yang hidup sederhana bersama lagi tiga saudara perempuanku serta ibu yang sering disakiti ayah kandungku.Hidupku kini senasib dengan ibu dan kakak adikku kerana aku sudah tidak tinggal di rumah keduaku,iaitu asrama. Sta...