Bila hidup ni rasa macam tersia sia? Bila kau tidak menikmati masa muda mu. Tapi apakah maksudnya menikmati masa muda? Adakah hanya dengan berseronok? Mencari ramai kawan? Ataupun berusaha penuhi impian mu untuk masa hadapan?
Aku kini berusia 25 tahun namun aku masih tidak punya jawapan untuk soalan ku itu.
Dulu ketika aku berumur 13 tahun, aku pernah bersekolah di sekolah sains berasrama penuh. Wow mesti budak pandai. Hahahhaha. Tidak lah. Aku hanya mendaftar disana kerana ibu bapa ku berpendapat bahawa pendidikan di sana jauh lebih baik daripada di sekolah harian. Mungkin juga aku mahu untuk mendaftar disitu, entah lah aku lupa. Tapi yang pasti aku tidak akan lupa betapa banyak pengalaman telah ku raih di sana, baik yang buruk mahupun yg indah.
Aku telah mendaftar di sekolah itu sejak bulan februari, 3 hari sebelum aku menyambut hari lahir ku. Ketika itu, pelajar tidak dibenarkan langsung membawa telefon bimbit, jadi memang ramai la yang "bergayut" di luar untuk menghubungi keluarga mereka di telefon awam yang disediakan. Pada hari lahir ku itu tahun itu, kami masih sibuk dengan orientasi jadi aku tidak boleh meminta ibu bapa ku untuk datang ke sana, mestilah rasa sedih sebab dari dulu hari jadi ku mesti disambut dengan mengadakan sambutan hari jadi. Tapi tahun ini lah semua tradisi sambutan harijadi ku itu terhenti kerana satu, sekolah ku itu jauh dari rumah dan kedua hari jadi ku setiap tahun akan berlangsung ketika cuti sekolah telah tamat.
Sepanjang orientasi tersebut aku telah berkenalan dengan ramai orang, ada juga yang bertanya dengan ku dan ingin menjadi kawan ku. Ohya, aku telah mengalami pengalaman yang pahit sejak mulanya semester lagi. Ini semua terjadi kerana seorang sahabat yang baru ku kenali.