꧁ Prolog ꧂

1.5K 44 5
                                    

"VETE!"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"VETE!" .

Papá menjerit menyuruh aku pergi sambil tangannya menolakku jauh darinya. Aku jatuh terjunam ke atas retakan batu hitam di bawah sehingga sayapku hampir patah.

"Arghh!"

Aku mengerang kesakitan. Tubuhku kaku melihat sebatang lombak besar terpacak menembusi dada Papá. Jelas dapat kulihat lambang Vampire di hujung tombak itu.

Vampire tak guna! Mereka sedang menyerang kampungku untuk merebut takhta papáku!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Vampire tak guna! Mereka sedang menyerang kampungku untuk merebut takhta papáku!

"Bonito!" Aku terdengar suara yang memanggil namaku.

Mamá..

Mamá menarik aku terbang ke atas menuju bulatan gelap yang  dibuka oleh papa. Lubang teleportasi yang terhubung ke dunia lain.

"Papá !"

Aku cuba memanggil Papá namun tubuhnya telahpun lenyap menjadi abu hitam yang berterbangan.. Setitis air mataku jatuh ke tanah Elgato, tanah kelahiranku, yang kini sudah hancur berantakan.

Mendengar jeritanku dan warna bulu putih yang janggal di tubuhku, membuatkan salah seekor Vampire mengerling ke arah aku dan mama. Aku meronta meminta mama mengibaskan sayapnya dengan lebih pantas. Namun Mama terlambat hanya sesaat dan akhirnya kaki mama direntap oleh Vampire itu.

Mama melempar badanku sekuat hati kepada Primo yang sedang menunggu di Dark Hole itu.

SSAP !

Aku berjaya disambut oleh sepupuku dan kami berjaya menembusi bulatan teleportasi tersebut. Seketika itu, bulatan tersebut langsung lenyap dari pandangan. Dunia hitam dan gelap kini bertukar menjadi hijau dan penuh warna warni.


"MAMA !!"

Aku terjaga dari tidur sehingga Primo juga ikut tersentak. Sejak dua menjak ini, aku sering bermimpi tentang perkara yang sama.

"Bonito? Kenapa menjerit?" soal Primo seraya menggosok matanya.

"Mimpi.. Mimpi yang sama." aku mengusap-usap kepalaku.

Seperti selalu, Primo lantas menarik aku ke dalam pelukannya lalu meleset lidahnya di atas kepalaku sehingga aku terlena semula. Itulah yang selalu dilakukan oleh Papá sebelum aku tidur.

DUP DUP... DAP. DUP DUP... DAP.

Mendengar bunyi jantung Primo yang berdegup, mataku turut layu sehingga aku tertidur semula. Masih ada hari esok untuk aku tempuh bersama sepupuku ini.

Kami berdua adalah daripada keluarga berketurunan kucing hitam dari Planet Elgato. Kami kini berjuang untuk hidup di planet bumi yang dikelilingi manusia aneh.

Aku masih teringat sewaktu kami jatuh di Planet Bumi, kami langsung tidak kenal apa-apapun di sekeliling. Pokok, hujan, langit, bintang dan matahari, semua itu tiada di planet kami. Di sana, hanya ada ketulan batu hitam dan sungai susu yang mengalir di seluruh kota. Penduduk Elgato semuanya berwarna hitam kecuali aku kerana aku adalah kucing albino.

Kini baru aku tahu, sewaktu aku berumur 6 tahun, aku dan Primo telah terjatuh di tengah hutan belantara yang terletak di Korea Selatan. Ketika itu, hujan sedang turun dengan lebat. Primo telah menggunakan kuasanya untuk merubah rupa bentuk kami berdua menjadi seorang manusia bersayap.

Kemudian, setelah beberapa hari merayau di dalam hutan, kami berjumpa dengan pelbagai makhluk aneh. Aneh kerana mereka menjerit setiap kali terserempak dengan kami. Akhirnya Primo memutuskan untuk memotong sepasang sayap yang tumbuh di belakang badan kami berdua. Itulah pengorbanan kami di bumi, menukar rupa dan memotong sayap kami.

Selepas 10 tahun menjalani kehidupan di bumi, kami kian selesa berada di sini kerana kami sudah pandai bertutur di dalam bahasa Korea.

(🤣Author tahu ini mengarut)

Novel fantasi pertama ya 🤣 jemput baca, komen dan vote

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Novel fantasi pertama ya 🤣 jemput baca, komen dan vote.. Enjoyy

Tapi tak tahu la nak letak jungkook dlm ni ke tak LOL

kookaholic click this username and follow me. Thanks ! ❤

🌼 Daddy's Kitten √√Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang