꧁ Gotcha ꧂

481 27 0
                                    

Jungkook's POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook's POV


Aku perhatikan sahaja gerak geri Naera daripada jauh. Gigih betul dia bekerja untuk syarikat appa. Tapi kasihan juga kerana dia hanya mendapat 3 orang penyumbang. Masih ada baki lagi 12 orang. Hm..

"Encik. Boleh tolong saya, tak?" aku menahan seorang lelaki berkacamata.

"Ya, encik?"

"Encik nampak tak budak perempuan yang berambut putih tu? Dia tengah cari penyumbang untuk syarikat boss dia. Jadi, boleh tak kalau encik jadi salah seorang daripada penyumbang? Jangan risau saya akan bagi encik upah." kataku.

Aku pun memberikan sejumlah wang kepada lelaki itu dan dia pergi ke arah Naera untuk menyumbang duit itu kepada Naera.

"Encik.. Boleh tolong saya?" soalku kepada lelaki bertopi merah pula.

Aku mengupah seramai 12 orang lelaki berbeza umur untuk membantu tugas Naera. Tak mengapalah, lagipun Naera sudah menunjukkan usahanya seharian ini.

Jam 1 pagi, aku menjenguk Naera di bilik hotel kami. Gadis itu sedang tidur dengan lena sambil menghisap ibu jarinya. Selimut usah dikata lagi, sudah terbang entah ke mana disebabkan kelincahan budak ini tidur.

 Selimut usah dikata lagi, sudah terbang entah ke mana disebabkan kelincahan budak ini tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku tak sepatutnya berasa curiga dengan Naera. Dia hanyalah manusia biasa yang sedang berusaha untuk meneruskan hidup. Aku sepatutnya menerima kenyataan yang appa tak akan dapat diselamatkan lagi.

Yang pergi, tetap akan pergi. Aku yang perlu teruskan hidup tanpa appa.

Di dalam kamar hotel, kakiku menapak ke katil Naera dan mencapai selimut di atas lantai. Aku selimutkan badan Naera sehingga ke paras bahu lalu aku usap lembut kepalanya.

"Maafkan saya, Naera. Saya dah bersangka buruk dekat awak. Saya sedar apa yang saya nampak di office tu hanya mainan mata." ucapku.

Naera menggerakkan kepalanya sedikit dan menarik ibu jarinya keluar daripada mulut. Tiba-tiba, tubuhku menjadi kaku saat melihat setompok bulu berwarna putih melekat pada hujung ibu jari Naera.

🌼 Daddy's Kitten √√Where stories live. Discover now