Chapter 28-Regret

1K 65 12
                                    

Arina's Pov

"Nyam nyam..aaaaaa"aku membuka mulut dan bermain main dengan sudu yang berisi honeystar.Lagak seperti seorang ibu yang ingin memberi anaknya makan selalunya dimainkan sudu itu seperti kapal terbang yang ingin mendarat.Sudah tentu ke mulut kecil anaknya.Typical.

"Ammm...honey honeystar yummy!!"aku membuat suara comel setelah aku mendaratkan 'kapal terbang' ke mulutku sendiri.Abang yang sedari tadi minum di dapur memerhatikanku.Ketika dia lalu di hadapanku,sengaja dia membuat muka yang annoying.Aku menjungkitkan kening melihatnya.

"Apa?"

"Tak ada apa..cuma,kesian abang tengok Rin.Sampai begini jadinya.Jangan stress sangatla.Terima jelah.Haih..macam orang gila.Abang turut bersimpati."Erghhh dia ni..tak menyakitkan hati tak boleh ke?Orang tengah sedih ni.Hmmm

"Ok..abang nak naik atas.Lepas makan basuh mangkuk,cawan tau.Abang nak call mama nak bagitau anak kesayangan dia macam orang tak betul sikit.Dia kena cari rawatan yang baik untuk Rin!"setelah dia berkata,dia terus berlalu ke arah tangga.

"Arghhhhhh abang!!!!Abang la gila!!"dapatku dengar suara orang yang gelak dari atas.Eiiii.Aku bukan marah abang kata aku gila ke apa.Dah biasa dah cumanya abang terlalu jujur dengan Mama dan Papa.Aku tak marah,abang nak cakap apa sebab memang benda betul tapi sebab semua benda dia cerita lah mama tau perkembangan aku di sini.Setiap kesalahan aku,apa yang aku lakukan,ke mana aku pergi semuanya mama tahu.

Pergaduhan diantara aku dan Crysha juga mama dapat tahu.Semuanya dari mulut abang kerana sepatutnya mama dan papa yang tahu dahulu tetapi disebabkan mama dan papa di Malaysia pihak sekolah hanya berhubung dengan abang yang juga penjaga aku.Aku gaduh haritu pun bukan free je boleh balik.Kami berdua didenda.D E.N.D.A. ok.Disuruh masuk kelas tahanan cukup buat aku rasa tertekan.Bosan lah.Jadi..kalau flashback semula aku buat,rasa menyesal jugalah ditambah dengan keputusan mama dan papa buat aku terkejut.Pujuk rayu pun sudah tidak berguna.Banyak sangat perkara yang mama dan papa tidak sangka aku lakukan.Mama dan papa percaya aku boleh jaga diri.Memanglah pandai jaga diri tapi tengoklah apa aku buat.

"Teringin nak jadi samseng pula ke?"

Kata-kata mama malam kelmarin betul-betul membuat aku zzap.Sentap.Mama kecewa.Aku tak suka mama kecewa.Aku tak nak mama dan papa kecewa.Tapi aku dah buat pun.Keputusan mama juga muktamad dan tidak boleh dibantah.Akur.Teringat aku Nara yang datang melawat aku semalam.Aku memberitahu semua yang dikatakan mama kepadanya kecuali hal yang satu ini.Aku tak nak Nara dan Yumi tahu.Kalau mereka sedih apatah lagi aku.Mungkin lebih teruk.

Pulang dari sekolah tadi sudah puas aku dilecture abang.Dalam annoyingnya ada juga rasa tanggungjawabnya.Itulah abangku.Oklah daripada strict,serious je kan bosan.Abang pun rasa kecewa kepadaku.Sepatutnya aku berfikiran waras dan bukannya bertindak mengikut perasaan.Ahhh.....serabut.

Di depan abang juga aku menampal 'handyplast' ke mukaku yang ada satu kesan calar yang agak teruk.Kuku Crysha tu pun 'cantik'.Panjang.Yang lain aku sapu dengan minyak.

"Abang naik atas dulu.Makan.swmua kat dapur.Haihhhh"abang memandangku.Mengeluh dan tergeleng geleng sebelum hilang di sebalik tangga.

"Aku ni buat masalah betul.Abang marah,kecewa.Aku pun satu tak sedar diri.Otak letak kat lutut agaknya."aku mengetuk kepalaku dan tanpa kerelaanku air mata jernih mengalir di pipi.Aku usap kasar dan berjalan ke dapur.Perut sudah bergendang minta diisi makanan.

Sedikit pun aku tak terfikir mama dan papa akan tahu hal ini.Selama ni aku buat apa-apa tiada pula mama bercakap mengenainya selama kami berhubung di telefon.Mama rajin menghubungiku.Mungkin abang menyimpan rahsia ini.Dia pasti tidak mahu mama dan papa risau dengan keadaanku.Kau pun satu Rin...ada jujur nak beritahu masalah kau?Apa yang kau dah buat?Hmn haremmm tak ada dia beritahunya.

I Got You![Kris EXO Fanfic]Where stories live. Discover now