Bazaar Ramadhan

5 0 0
                                    

Okay, puasa kan sebulan jadi ni bukan lah kali pertama kali ke bazaar Ramadan ni.. Bazaar ni dekat je dengan rumah kami..

Selain bazaar ni ada lagi dekat tempat lain. Macam bazaar dekat kampung sebelah lah gitu. Hahahaha nak senang faham kan.. Best tau banyak bazaar dekat area perumahan ni. Yelah nanti kalau situ takada makanan yang kau nak, nanti kau boleh pergi tempat lain pulak cari makanan kau. Begitu lah....

"Kau ada nak keluar ke Melati?"
"Kenapa? Kau nak pergi bazaar ke? (Eleh.. Kalau nak pergi bazaar tu jujur jelah takpayah tanya. Ke nak ajak aku pergi bazaar ni? Em masih berfikir mamat ni nak apa eh hahahahaha..)"
"Mana lah yahu kau nak ajak beli tomato lagi ke.."
(Alah pundek nya setan ni, macam nokharom haa.. PERLI AKU KE APA HAAAA! Okay lah okay lah, aku jujur sikit memang aku ajak dia teman beli tomato sebab nak masak untuk makanan berbuka tu hari lah. Tu je ehh.. Bukan niat nak jumpa dia ke apa bukan alasan nak borak ke apa ehhh elok sikit...)

5 : 30 pm

"Jalan ah cepat sikit kau ni Melati.. Ramai orang noh"

Dia suruh aku cepat.
Dia suruh aku jalan laju otak dia berjambul.
Tapi aku ada rabun silau. So tak nampak dengan jelas au.
Tapi si mangkuk ayun ni boleh pulak jalan laju nak mati eee HAREYY SUNGGUH. ok sorry

Aku tak tahu lah aku sedar ke tak apa aku buat.. 
Tapi sumpah...
Pipi aku terasa panas.. Hahahahaha why?
Aku pergi pegang baju dia sebab dia laju sangat, and tinggi.. Tinggi dia 170cm plus maybe? 
YANG PENTING TINGGI DARI AKU.. AKU 151cm je kotttt T.T

"Ehem.. Kau nak beli kuih apa? *sambil pandang aku yang tengah pegang baju dia lagi*"
"Ahh... Ha jap aku pilih ehe"
(Eh bapak malu lah siot!)

Habis je beli, aku dengan Nurha jalan ke gerai lain jug tengok apa lagi makanan yang ada. Bukan setakat kuih muih, tapi banyak lagi pilihan hati. THIS IS WHY I LOVE BAZAAR RAMADHAN SO MUCH!  YOU GUYS SHOULD KNOW, BAZAAR IS THE BEST THING IN YEARS. WHY?

Okay, ini antara pesta makanan atau gerai yang di tunggu oleh umat Islam setiap tahun. Paling excited bila dapat tau banyak pilihan atau juadah yang best (yang tak jual pada hari biasa tau!). Aku suka jugak pergi bazaar ni sebab nya, time ni lah kau nak jejak kasih lah. Jumpa crush lah. Jumpa cikgu sekolah. Jumpa musuh apa jadah semua lah, balik rumah tautau crush/musuh follow on instagram! Fuhhh hahahahahaha.

"Haa ni kau nak beli apa apa lagi tak?"
"Em takada dah kot, jom balik jelah..."
"Okay jom.. tapi confirm eh dah takada ?"
"Iya dah takada lah... Eish"

Nurha teman aku jalan sampai area rumah aku, kemudian dia minta diri untuk balik. Padahal dia takada buat apa pun, yang tukang hidang tu orang lain. Over je, ni nak cari time nak guling-guling lagi ah tuuu.

Aku balik lah, siapkan apa yang patut sebelum berbuka. Agak banyak juadah yang aku beli.. Ada lah dalam 2 jenis lauk, 3 jenis kuih, air ada 2 jenis hahahahaha.. Ya allah nafsu nya ga di buat buat ini. Kali ke 19 aura nya mashaAllah betul-betul tergoda! Hahahahaha..

Aku tengah hidang air ni.... 
"Maa.. "
Tetiba Message WhatsApp masuk..
"Selamat berbuka..."
Aumak wehhhhhhh! Aku rasa taknak berbuka lagi doh bapak ah aku nak guling-guling japppp! Aku cair lah siot Nurha wish gituuuuuuuuuu ahhhh weh! Okay em sorry (Ihek ai kennot lah, smile selalu)

"Selamat berbuka jugak Nurha..."
Okay gua dah boleh chill ni hahahahahaha. Okay gang berbuka luuu!

Kita Adalah Rasa yang Tepat di Waktu yang SalahWhere stories live. Discover now