KARYA: Renai
TAJUK: KAMALIA========================
2:00 am
Creakk…… creakkk…
Kedengaran bunyi cakaran pada cermin.. Ngilu dan menyeramkan!
Kamalia terjaga dari tidur dan cuba mencari arah mana datangnya bunyi cakaran itu. Bunyi itu seolah-olah berada di sampingnya. Seperti juga di hadapannya! Sayu dan menakutkan! Kamalia memasang lampu tidur dan mencapai telefon bimbitnnya lalu dia berjalan dan menuruni anak tangga.
Tak! Tak!
Anak tangga yang dipijak kamalia berbunyi akibat geseran daripada selipar yang dipakainya. Apabila kamalia sudah berada di ruang tamu bunyi cakaran itu serta-merta lenyap! Kamalia pun menghidupkan suis lampu pada ruang tamu itu dan suasana menjadi terang namun tiada apa pun yang mencurigakan.
Tingkap-tingkap semua berkunci.Kesan cap jari atau kesan benda besi tiada. Kamalia pergi ke dapur dan seterusnya ke stor di luar rumah.
Hatinya berdebar bila mula mendekati stor itu.
Sepanjang kamalia tinggal di rumah ini tidak pun ia mengetahui bahawa rumah ini ada bilik rahsia atau bilik lorong bawah tanah!
Kamalia mula membuka pintu bilik rahsia itu namun ianya berkunci. Kamalia menolak tombol pintu itu tetapi sepertinya tersekat. Terkunci dari arah dalam atau terhalang oleh benda yang berat.
Kamalia mula melangkah tiba-tiba….
Nyeeeet…….. Pintu itu terbuka dengan sendirinya. Kamalia berpaling dan memandang pintu itu. Seluruh bulu romanya berdiri! Tangannya mengigil. Entah kenapa perasaannya lain sekali pada malam ini.
Kamalia memasang touchlight pada telefon pintarnya dan menyuluk kearah bilik rahsia itu. Tiada apa-apa pun yang mencurigakan. Ia mula berfikir kalau-kalau bunyi yang di dengarinya adalah Cuma mainan mimpi atau sekadar perasaannya saja.
Kamalia menarik tombol pintu itu dan mahu menutupnya.
Creakkk!
Sepantas kilat kamalia menyuluk ke arah datangnya bunyi itu. Yaaa! Bunyi itu datangnya dari arah cermin antik. Cermin itu berbingkaikan kayu jati dan ditepinya disaluti dengan besi. Berbentuk bujur seperti telur ayam dan ada kesan retakkan pada kanan atas cermin itu.
Kamalia mula mendekati cermin itu dan menyentuh kesan retakkan yang tedapat pada cermin itu. Zupp! Tidak semena-mena lampu pada touchlight telefon kamalia terpadam.
hermm..mmmm….mmmmmmmm…. Hihihihihihihih!...
Kedengaran sayup-sayup suara mengilai.
“Siapa di sana!?” Kamalia mula gugup dan panik
Tapak tangannya mula berpeluh. Suasana menjadi panas!
“Kamaliaaaaaa…. Hihihihi….”
“Please! Jangan main-main dengan aku…”
Suasana menjadi sejuk semula. Berbekalkan cahaya pada screen telefon kamalia mula meraba-raba untuk mencari pintu. Kamalia berjalan dengan perlahan dan berhati-hati.
Puhhhhhh… telinga kamalia ditiup. Kamalia memusingkan kepala dan menyuluk. Namun tiada siapa pun di sisinya. Kamalia pun melajukan langkahnya! Bila sahaja berjaya mencapai tombol pintu itu dengan sekuat hati kamalia menarik tombol itu.
Creattt…..
Kedengaran dengan jelas sekali bunyi geseran kuku pada dinding semakin menghampiri dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
KAMALIA (SHORT STORY)
HorrorCerita ini hanyalah hiburan semata-mata. tiada kaitan yang masih hidup atau yang suda meninggal. So, harap kamu enjoy la baca! kita-kita juga baini