"Selesailah kuliah kita untuk pagi ni. Tuan-tuan dan Puan-puan yang hadir sila ambil flyer yang disediakan di tepi pintu masuk ya." kata Joshua lalu menutup kitabnya.
Jemaah yang lain mula bangun dan keluar daripada gereja. Joshua juga turun daripada tempat berucap dan mencuci tangannya di singki yang disediakan.
"Em ni Paderi Hong kan?"
Joshua pusing menghadap si pemanggil lalu tersenyum dan mengangguk.
"Ada apa-apa Encik nak tanya saya ke?" tanya Joshua. Matanya tertumpu pada kanak-kanak perempuan yang memegang kuat kaki seluar ayahnya. Malu mungkin.
"Saya Lee Chan , saya nak tanya paderi paderi tahu ke siapa yang hantar flyer ni?" tanya Chan.
"Oh flyer ni ada seorang lelaki yang kulit dia putih-putih rambut hitam pastu muka unta datang hantar semalam. Kenapa ya?" tanya Joshua. Lee Chan menggaru kepalanya yang wangi bau macam bau ketiak JYP.
"Takdelah , dia tak tinggal phone number pun dekat sini. Saya berminat nak join club ni hehe." kata Lee Chan.
Dia perasan yang tarikan di kaki seluarnya makin kuat maka dia mendukung anak perempuannya yang muka sudah masam mencuka lalu mencium hidung kecil kanak-kanak itu.
"Saya dengar Paderi Hong ni bapa tunggal juga. Apa kata kita join club ni sama-sama?" tanya Lee Chan lalu memandang semula Joshua.
Joshua berfikir sejenak sebelum tersenyum.
"Tengoklah macam mana , kalau saya free saya join." kata Joshua. Dia tersenyum melihat budak perempuan yang didukung Lee Chan.
"Nama si comel ni apa?" tanya Joshua. Lee Chan tersenyum melihat kanak- kanak itu menyorokkan muka di tengkuknya.
"Chaera. Lee Chaera. Baru empat tahun."
"Oh , saya ada anak perempuan jugak nama dia Jessica , 8 tahun." kata Joshua. Lee Chan mengangguk.
"Em kalau macam tu saya balik dululah ye. Chaera say bye-bye , faster." Lee Chan cuba memegang tangan kecil Chaera itu tapi kanak-kanak itu tidak mahu.
"Takpelah dia mungkin malu lagi. Nanti kita jumpa lagi ye." kata Joshua. Lee Chan berjalan ke luar gereja sambil bernyanyi kecil. Joshua tersenyum.
Dia memandang flyer tersebut. Mungkin dia patut join?
- ♡ -
"Oh Encik Chwe , dah sampai pun!" kata Jurugambar Ahn dengan gembira apabila dia nampak kelibat Vernon masuk ke dalam set shooting.
"Maaf saya lambat , anak saya meragam tadi." kata Vernon. Jurugambar Ahn menepuk bahu Vernon.
"Takpe-takpe saya faham. Ok kita akan mulakan sesi photography kita kejap lagi. Tunggu lagi satu model datang." kata Jurugambar Ahn.
"Oh model dari China tu ke?" tanya Vernon. Jurugambar Ahn mengangguk.
"I'm here!" teriak Junhui lalu membuka kaca mata hitamnya.
"Oh tu dia dah sampai! Encik Wen Junhui!" Jurugambar Ahn menghampiri Junhui. Junhui menyambut dengan senyuman mesra.
"Ok , kedua-dua model kita dah sampai. Jom mula!" Jurugambar Ahn menepuk tangannya. Serta merta pekerjanya mula bergerak.
skip -
"Well done! Thank you gentlemen , so end of our shooting for today!" kata Jurugambar Ahn.
YOU ARE READING
single father club. ˢᵛᵗ
Fanfiction❝ duda berjiwa teruna! ❞ ㅡ 13 orang bapak tunggal yang terhangat di Korea Selatan bersatu di dalam sebuah kelab sosial. ➤ completed