Pengenalan Defiya

1 0 0
                                    

Defiya, seorang gadis yang pendiam dengan kehidupan yang sederhana yang membesar dalam keluarga yang selalu sibuk dengan kerja. Namanya yang agak unik, menyimpan makna mendalam kepada dirinya.

Walaupun kedua orang tuanya selalu sibuk bekerja tetapi syukur Alhamdulillah, Defiya dilindungi oleh Sang Pencipta kerana tidak terjerumus ke dalam kehidupan liar  seperti anak² lain yang terabai kerana kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapanya.

Defiya faham akan situasi kesibukan ibu bapanya. Namun ibu bapanya tidak pernah lupa untuk mengajar dirinya mengenai ilmu agama kepadanya supaya dia dapat menjadi seorang hamba yang solehah dan insan yang berguna kepada masyarakat.

Hobi Defiya adalah dia gemar menulis cerita² pendek di bukunya yang diambil berdasarkan daripada kehidupan realiti.
Walaupun begitu, bukunya tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa untuk dibaca kerana baginya menulis di buku itu adalah sebagai hobi mengisi masa lapangnya. Terdapat banyak cerita² pendek yang ditulis olehnya dalam buku tersebut dan juga diselitkan lagi dengan ayat² Al-Quran untuk dijadikan sebagai motivasi atau panduan dalam kehidupan nya.

Pesanan : "Dalam sunyi, kata-katamu menjadi pelita yang menerangi jalan hidup. Teruslah menulis, karena setiap ungkapan adalah doa yang meresapi kehidupanmu dan mungkin, membawa cahaya bagi yang memerlukannya."

Pesanan Defiya《Update in Ramadhan & Syawal Only》Where stories live. Discover now