Single or Taken?

1 0 0
                                    

"Say no to couple" itulah slogan teguh untuk Defiya yang tidak pernah bercinta dengan mana² lelaki lagi sepanjang hidupnya. Hal ini kerana baginya dia lebih memilih untuk percaya terhadap takdir yang semuanya sudah tertulis oleh Sang Penguasa. Sama ada ianya cepat atau lambat, semua bergantung pada suratan takdir yang telah tertulis.

Jadi baginya kenapa perlu adanya istilah "couple". Defiya langsung tidak faham akan istilah tersebut. Kenapa ramai orang suka akan istilah tersebut? Kadang² Defiya tertanya - tanya kenapa semua orang seperti  tergesa - gesa untuk memerlukan pasangan iaitu "couple". Sedangkan pada zaman nabi SAW tidak ada pun istilah "couple" ini. Kerana hukumnya HARAM. Apatah lagi istilah "couple" ini adalah cara dari orang barat, orang kafir dan tidak beriman. Jadi kenapa orang zaman sekarang terlalu normalise kan budaya barat ini.

Satu soalan yang ingin ditanyakan oleh Defiya kepada pasangan "couple" di luar sana. " Tidak penat ke menjaga jodoh orang lain??? Seandainya dia adalah jodohmu, tidak usah risau kerana semuanya sudah tertulis. Tidak ada yang mustahil dengan kuasa Allah dan juga takdirnya". Jadi tidak perlu pun istilah "couple" ini untuk seseorang yang beragama islam.

Kenapa ramai orang lebih suka akan istilah "couple" ini berbanding jodoh yang telah tertulis dan telah ditetapkan oleh Allah untuk kita. Kenapa tidak mempercayai takdir Allah??? Adakah kerana kamu terlalu kehausan akan kasih sayang daripada ibu bapa atau keluarga. Tetapi adakah kamu pernah merasa haus akan cinta dan kasih sayang kepada Sang Pencipta?.

Adakah kamu semua tidak penat akan menjaga jodoh orang, dan merasa sakit kerana pada akhirnya nanti dia tidak akan menjadi milikmu???

Itulah yang selalu terlintas di fikiran Defiya. Baginya, tidak pernah terlintas pun di hati nya untuk bercinta kerana Defiya lebih mempercayai takdir Allah. Di zaman sekolah, Defiya sering ditanya oleh rakan² nya mengenai mempunyai pakwe tapi baginya perkara tersebut hanya membazir masa. Lagipun niatnya datang ke sekolah untuk menuntut ilmu bukannya mencari jodoh & menjaga jodoh orang lain. Itulah prinsipnya.  Walaupun ramai rakan² nya yang telah memiliki pakwe, Defiya tetap teguh dengan pendiriannya yang percaya akan takdir Allah.

Tambahan lagi dengan ayat Al-Quran, dimana ALLAH berfirman di surah Al Isra' : " Dan janganlah kamu dekati zina, kerana sesunguhnya ianya perbuatan terkutuk dan buruk padanya."

Selain itu, apabila telah adanya istilah " couple" ini mesti ramai yang suka akan Hari Valentine. Kerana bagi mereka inilah masa bagi mereka merayakan dengan pasangan haram mereka untuk berbagi hadiah dan sebagainya. Inilah hari yang paling tidak pernah disukai Defiya iaitu hari valentine.  Ianya adalah hari yang tidak boleh disambut oleh orang muslim. Asal usul Valentine, awalnya adalah tradisi masyarakat Kristen Romawi yang dipopulerkan oleh negara² barat, kemudiannya dibawa ke seluruh dunia.

Selain itu, hari Valentine juga merupakan satu  perayaan bagi menghormati seorang pendeta dari Roma bernama Valentine yang dihukum pancung kerana menjadi pelindung bagi golongan yang sedang mabuk cinta.

Tambahan pula ada versi lain yang menyatakan bahawa hari valentine diraikan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492.

Terdapat juga hadis yang melarang, umat Islam menyambut hari valentine kerana hukumnya HARAM.
" Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka. "

Defiya membuka buku diarinya dan menulis sesuatu di dalam itu :

Pesanan : " Sesungguhnya, cinta yang halal & Agung serta abadi adalah cinta dengan Maha Penguasa  bukannya cinta haram yang dilakukan oleh orang zaman sekarang. "

Defiya berasa kagum dan ingin mengucapkan tahniah terhadap sesiapa yang single kerana anda berjaya melindungi diri anda dari dekat dengan zina.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pesanan Defiya《Update in Ramadhan & Syawal Only》Where stories live. Discover now