Introducktion

8 0 0
                                    

function aku tulis "introducktion" ? Hahahaha tak ada apa apa, saja aku tulis sebab tiba tiba aje terpikir nak tulis.

oke so di sini saya ingin membawa anda mengenali serba sedikit tentang cerita saya yang dicadangnya hendak dibuat hingga 10 bab sahaja.

Cerita saya biasa lah penulisan bbnu seperti saya ini pasti tidak sehebat wattfamous di luar sana. Dan anda tahu apa yang saya tulis sekarang anda tak akan baca? Ya tidak.

Jadi, marilah kita mengenali watak wataknya terlebih dahulu dan semestinya agak lain dari description.

Qarl Iskandar - kacak? semestinya. Gentlemen? semestinya. Baik? Oh mestilah! Tetapi manusia tidak ada yang sempurna. Satu kekurangan jejaka perfect 10 ini ialah dia tidak boleh, tidak boleh setia dengan satu wanita. Dia seorang playboy International, semua perempuan dia nak kaut. Kurang ajor betul perangai mamat ini tetapi entah kenapa perangai dia lah yang membuatkan hati Dhalia Amina semakin tertarik.

Dhalia Amina - cantik? paras gadis biasa sahaja. Gentlewoman? Ikut suka dia. Baik? kureng sikit sebab dia ni nakal orangnya! Bermacam macam perkara yang dia plan untuk kenakan si Qarl. Selagi hati single nya tidak puas melihat Qarl sakit hati, selagi itu dia mencuba. Tetapi niat tidak menghalalkan cara, satu tragedi merosakkan segalanya..

Thaqif Ammar - Kosong? Itulah wajahnya. Beku? Itulah sifatnya. Tidak berminat dengan semua benda? Ya memang itu impian dia. Sejak dia diyakini disantau oleh seseorang yang langsung dia tidak kenali, apa yang dia tahu- dia hanya mahu tidur di bilik dan merenung sendiri.
Dia tidak tahu salah apa yang dia buat kepada orang itu dan dia pasti orang itu akan membencinya sehingga dia mati.

Tetapi Aturan Allah, Thaqif, Qarl dan Dhalia ini tinggal serumah dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Adanya Thaqif sebagai boss di rumah itu yang dibantu Qarl, dan didatangi seorang Dhalia sebagai tukang masak dan cuci cadangan Datin Safira, semuanya lengkap dan sempurna untuk beberapa bulan.

Thaqif bahagia dengan mereka, dia bahagia bergelak ketawa dengan mereka.

Apabila dia ingin menyampaikan hasrat hatinya kepada Dhalia, langit tidak selalunya cerah. Dugaan demi dugaan datang membuatkan Thaqif sudah penat dan lelah.

"Aku pecat kau mulai hari ini"

"Kalau aku tak boleh memiliki kau, Qarl pun tak akan"

"Sebab kau milik aku walaupun kita tak bersama"

Jodoh itu, bukan kita yang tentukan.
Jodoh itu aturan Allah.
Apa yang berlaku di dunia sama ada rancangan kita yang diterima oleh Allah atau tidak sahaja.

"Jangan jadi gila sebab cinta Am, she gives you nothing!"

"All I want to do is to make you happy! Why dont you want to understand me?!"

Serahkan cinta dan perasaan itu terhadap Allah dahulu sebelum kau serahkan kepada manusia.
Kerana DIA pencipta cinta
dan DIA ialah segalanya!

Kerana DIA pencipta cinta dan DIA ialah segalanya!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BF ¦ Qarl × DhaliaWhere stories live. Discover now