"Selamat pagi murid-murid.Okey, hari ni kita ada pelajar baharu dan saya harap kamu semua boleh bertolak ansur dengan dia ya,sila perkenalkan diri anda dahulu.""Selamat pagi, nama saya Suhana. Boleh panggil saya Suhana."
"Urhm,baiklah. Suhana, kamu boleh duduk di sebelah Mila. Mila, sila angkat tangan kamu"
Gadis yang bernama Mila itu mengangkat tangannya dan tersenyum. Suhana, membalas senyumannya dan menuju ke meja nya.
"Baiklah, semoga hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ingat! jika ingin berjaya, kita perlu berusaha" Wanita yang memegang watak sebagai Guru itu menasihatkan pelajar-pelajarnya. Lalu, dia keluar dari pandangan mereka.
"Hai, nama saya NurMila. Boleh panggil Mila ataupun Mek" gadis itu tersenyum manis. Suhana mengangguk kepala nya.
"Hai, nama aku Andy. Boleh panggil Andy atau abang" Lelaki itu tersenyum
Suhana menggelengkan kepala nya.
"Andy,Andy. Cepat betul kan kau kalau ada pelajar baru masuk, lagi-lagi Hana ni cantik" puji gadis yang duduk di belakang Hana.
"Eh,biasa-biasa saja." balas Hana
"Oh yah, nama aku Izza. Salam perkenalan wahai sahabat baru ku"
Hana senyum.
Dalam mereka ketawa dan berbual-bual. Pada masa yang sama, Cikgu yang bertugas pun mulai masuk dan mula lah mereka belajar.
"Baiklah, kau fokus ke hadapan ya." Guru lelaki itu berkata. Semua pelajar di dalam kelas mula memandang ke depan.
"Miroorganisma apa kah yang paling seni? siapa boleh jawab angkat tangan"
Semua pelajar menundukkan kepala ke meja dan sunyi sepi. Kedengaran, bunyi kerusi tergeser di atas lantai kelas. Hanya ada dua orang yang berdiri, Hana dan Shella.
"Nampaknya, hanya ada dua orang yang berada di dalam kelas ini, bagi jawaban nya?"
"Bakteria" Shella menjawab
"Kamu?" Cikgu lelaki itu bertanya dengan Hana
"Virus dan cara pemakanannya adalah Parasit"
Cikgu lelaki itu mengangguk tanda setuju dan dia bertepuk tangan.
"Jawaban yang sangat tepat. Siapa nama kamu?"
"Suhana"
"Suhana, sila duduk"
Shella memandang nya tajam. "Suhana?kau tunggu!" Shella berkata dalam hati
"Wah! ternyata dia hebat sekali kawan ku" Andy menunjukkan jempol
Hana ketawa dan menggelengkan kepala.
Dalam beberapa minit,bunyi loceng pun sudah berbunyi. Masa, untuk mereka pergi keluar makan.
Shella dan kawannya dua orang menuju ke meja Hana sambil bercekak pinggang.
"Hana?" Shella memanggil namanya
"Iya" Hana menjawab
"Kau pikir kau hebat sangat kah?" Shella
"Maaf, aku tak faham"
"Tak faham atau buat tak faham?! Stupid"
"Shella. Apa ni ! Kau ni tak boleh kah kalau sehari kau tak kacau orang tak sah?" Izza
"Aku bercakap dengan kau kah? Bitch"
"Apa kau kata?!"
"Izza, dah lah tu" Hana mula bercakap.
"Kau jangan nak berlagak hebat atau pandai dekat kelas and sekolah ni. Faham? Kalau kau langgar apa yang aku dah bagi amaran kat kau. Kau tunggu lah akibat nya" Shella menolak bahu Hana hingga kan Hana terduduk. Shella terus berlalu pergi
"Hana, kau okey tak?" Mila menyentuh bahu Hana
Hana mengangguk.
Dalam beberapa minit, sudah berlalu nya rehat. Loceng pun berbunyi, mula lah lagi sesi pembelajaran mereka.
"Okey murid-murid, ini malam kita ada gala night. Jadi, kamu di wajibkan mengguna pakaian yang sudah di tentukan oleh guru-guru yah" kata Guru kelas mereka.
Semua pelajar bertepuk tangan tanda kegembiraan. Hana sahaja yang tidak turut serta. Hati nya mulai berdegup kencang dan dia menunddukkan kepala nya ke meja.
"Hana? apa kamu tidak turut serta dengan aktiviti ini malam, kamu beruntung. Masuk saja sekolah baru dan aktiviti di adakan" Guru kelas itu mencekak pinggang
"Bukan begitu Cikgu. Tapi, saya sebenarnya tidak berapa sukabterlibat dengan aktiviti begini" Hana menjawab
Semua pelajar menyahut 'BOO'
"Sudah,sudah.Diam semua" Guru kelas itu mencelah
Hana terdiam kaku dan kepala nya sudah runsing memikirkan aktiviti ini malam. Bukan dia tidak mahu turut serta tetapi, dia tidak mempunyai pakaian yang sesuai untuk di pakai ini malam
"Hana. Balik dari sekolah ni, kita jumpa dekat Shopping Mall ya. Cari dress untuk ni malam okey?" kata Mila
Hana mengangguk tanda setuju.