Bab 02

8.9K 430 12
                                    

20 Mac 2020/ 06 April 2024

20 Mac 2020/ 06 April 2024

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okey... Waalaikumsalam." Lepas sahaja salam dibalas, punat merah terusku tekan. Angkat kepala dan pandang ke hadapan. Haihlah... Nampaknya kena balik sendirilah aku hari ini.

Aku sangakkan yang Abang Aiman lambat ambil aku sebab jalan sesak ke apa. Rupanya tak dapat datang terus! Seriuslah, jam-jam macam ini dia dengan papa kena berangkat ke Johor? Sampai aku ini pun diabaikan. Hmm... Tapi nak salahkan mereka pun tak boleh juga. Dah tuntutan kerja, bukan mereka ke Johor sebab nak cuti-cuti Malaysia.

Nak susahkan hidup abang aku yang seorang tu pun, gerenti dia tak dapat datang punya. Sekarang ini kan musim cuti semester, Abang Amin tu pula ambil peluang untuk pulang kampung nun jauh di luar bandar sana sebab nak temankan atuk dan nenek kita orang. Kalau call dia suruh ambil aku, itu another level of stupido namanya. Gila nak dia jemput aku? Makan tiga jam perjalanan daripada kampung tu ke bandar Kuala Lumpur ni.

Maknanya dalam situasi macam ini, aku kena pasrah dan reda ajelah naik Grab. Biasa tak biasa, kena terima juga. Daripada aku bonceng kat belakang Si Leon a.k.a kawan sekerja aku itu, lebih baik aku naik pengangkutan lain. Selamat juga buku amalan buruk aku hari ni daripada tercatat terbuat perkara maksiat.

"Betul kau tak nak aku hantar kau ni, Unie?"

Suara itu masuk ke dalam telinga, menggamit aku memandang ke arahnya. Masa itu Leon dah pasang helmet ke kepala. Tengok aku pula dengan muka risau. Macamlah aku ini anak dia yang terpaksa ditinggalkan berseorangan di sini.

"Berapa kali nak cakap, der? Ya, aku pasti. Kau baliklah, Leon. Aku tak akan punya singgah club ke, hotel ke kalau pun abang-abang aku tak ambil." Aku sengaja bergurau dengannya, tapi tak sangka pula muka Leon boleh masam macam tu. Tahu sangat itu muka tak suka.

"Aku tahu agama kau larang kau buat benda-benda macam itu, Unie. Dan aku tahu kau tak akan buat pun perkara tu walaupun kau ada peluang. Tapi yang aku risaukan sekarang ini tentang keselamatan kau, tahu?" Berdesup bahasa melayu fasih dia tanpa ada sedikit pun slang Chinese tu. Leon salah seorang warga negara Malaysia yang berbangsa Cina, tapi pertuturannya Melayu sungguh. Masa mula-mula dulu aku kenal dia, aku confuse juga. Sikit lagi aku cop dia Melayu bermuka Cina.

"Relakslah. Insya-Allah, aku akan okey. Kalau ada apa-apa jadi aku keluarkan ajelah bunga-bunga Taekwondo aku. Jamin penjahat itu akan lari punya. Kau tahu, papa aku bukan saja-saja suruh aku masuk kelas seni bela diri itu?"

"Ya... Lepas itu kalau ahlong-ahlong itu muncul, jangan lupa sampaikan salam aku kat mereka ya!" ujarnya geram sebelum penutup muka ditarik ke bawah. Menutup keseluruhan wajahnya.

Meremang bulu roma aku lepas dengar sindiran dia tu. Entah kenapa dada bergetar tak enak. Kalau tadi aku yakin keselamatanku terjamin, tapi tidak bila Leon mention nama penyangak tu. Seram sejuk aku jadinya, ada rasa nak pitam juga ni.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now