Tepat jam 1.15 petang, Aniq dengan Abang Nabil telah sampai ke kampung halaman Abang Nabil yang hanya mengambil masa 3 jam lebih masa perjalanan, kelihatan Imran sedang duduk di tangga sedang berborak dengan Abang Iqmal, "eh, Abang Iqmal pun ade sekali?, tanya Aniq. "Abang tak tahu pulak yang Iqmal ade ikut balik sekali, Imran yang ajak kot?", balas Abang Nabil lagi. Dari jauh Imran dan Iqmal melambai ke arah kami, setiba nya di pekarangan rumah Opah, Nabil mengeluar kan beg pakaian dan menuju ke tangga rumah di iringi oleh Aniq. " Iqmal ! ko bila masa sampai?", tanya Abang Nabil sambil menepuk bahu Iqmal kehairanan. "Aku baru je sampai sejam tadi, ni budak ni yang ajak aku balik kampung, so aku pecut lah guna moto aku, kejap je sampai, kuasa tinggi tu!", jawab Iqmal sambil menunjuk ke arah Imran yang tengah tersenyum kambing. " korang berdua penat ? naik lah dulu, Opah ade sedia bilik untuk korang berdua?", kata Imran sambil mengenyit mata ke arah Abang Nabil, se olah mcam tahu je perhubungan Abang Nabil dengan Aniq. "Aku sebilik dengan Abang Nabil ke? bukan dengan ko?", tanya Aniq kepada Imran, "bilik aku dah cukup untuk dua orang, ni Abang Iqmal sampai dulu, so Opah bagi dia tidur sebilik dengan Im lah" jawab Imran.
"Assalamualaikum Opah ", Nabil memberi salam sejurus melihat kelibat Opah di pintu masok rumah, "waalaikumsalm, dah sampai cucu Opah yang hansome sorang ni" jawab Opah sambil tangan nya di salam oleh Nabil dan Aniq. " Ni siapa ni,comel je, kawan Nabil ke?", tanya Opah lagi, "yang comel ni kawan Im Opah, dia tumpang abang balik lewat sikit" Imran menjawab soalan Opah dengan pantas. " Ohh, eh masok cepat buat ape lagi tercenggang kat tangga ni,Opah dah sedia kan bilik untuk kamu berdua". ujar Opah lagi, Nabil dan Aniq menuju ke bilik yang di sedia kan oleh Opah, "bilik ni siang agak panas sikit, tapi jangan risau ade kipas angin ni ha, tak pun abang boleh kipas kan Aniq, haha gurau je. Tapi malam bilik ni dingin ,biasa lah rumah kayu kampung" ujar Abang Nabil, Aniq hanya menganguk kepala saja. jam 4.00 petang, Iqmal dan Nabil melepak berborak kosong di anjung rumah opah sambil 'berselfie'.
Beperapa minit kemudian, kelihatan , Imran dan Aniq menuju ke Anjung membawa makanan untuk minum petang. " Woi pakcik pakcik, cukup lah selfie tu, jom minum petang, Opah ade sedia kan minum petang ni, bukan opah je, Aniq pun tolong jugak tadi", ujar Imran. Menu minum petang mereka seperti biasa menu orang kampung , Opah menyedia kan cucur cempedak, cucur udang, cucur pisang, keropok lekor pun ade sekali .Cukup menaik kan selera budak 4 orang tu. beberapa minit kemudian ,kelihatan Opah muncul sambil membawa teko air dengan cawan sekali di dalam dulang. " Tak pe Opah, biar Aniq tolong", pelawa Aniq sambil menuang kan air teh di dalam teko tersebut ke dalam cawan." Wahh, sedap nye cucur ni opah, terutama cucur udang ni, pandai opah masak", ujar Iqmal. " Cucur ni semua bukan opah yang buat, Aniq yang buat, Opah tolong goreng je", balas opah lagi. " ouh, habis tu Im tolong ape?" tanya Iqmal lagi, "tolong ape lagi, tolong tengok dan makan je lah", balas Imrah ketawa berdekah dekah.. " Ha, tu la yang Im reti je kan, untung la orang sorang tu kan, Aniq ni dah lah comel, pandai masak pulak tu", puji Iqmal tinggi langit. " Adoih, sakit lah", Iqmal mengerang kesakitan di cubit oleh Nabil. "Eh ko ni, opah depan tu !", Nabil menjeling Iqmal.
Malam itu, mereka semua berkemas untuk menuju ke rumah sepupu Nabil yang akan kahwin esok di kampung sebelah pejalanan ke sana hanya memakan masa 15 minit sahaja, so malam ni ada keramian sikit, macam malam berinai, ada karaoke, ada yang prepare masakan esok kenduri esok.Opah dah jalan dulu dengn Mak Ngah, aku dengan Aniq masih berkemas di rumah Opah.Imran dengan Iqmal pulak dah menghilang entah kemana mungkin sudah ke rumah sepupu dia kot atau pun tengah ronda ronda bawa si Iqmal di kampung ni. "Aniq dah sedia, abang dah ni, kalau dah jom?", tanya Abang Nabil. " Kejap abang, sikit lagi ni.Nak sikat rambut kejap", jawab Aniq. "Abang tunggu kat ruang tamu okay?", ujar Abang Nabil. " Tak payah, dah siap ni, hehe". balas Aniq balik. Sejurus selepas itu mereka berdua menuju ke rumah sepupu Abang Nabil.Setiba nya di sana, kelihatan agak meriah sekali dengan lampu kelip kelip, budak-budak dan riuh rendah saudara Abang Nabil bergotong royong menyedia kan barang untuk acara esok hari.Tidak kelihatan kelibat Imran dengan Abang Iqmal. "Ea Nabil, bila sampai?", tegur sepupu lelaki Nabil yang bakal berkahwin esok. " Amri, aku baru je sampai petang tadi, ni kawan aku Aniq", Nabil memperkenal kan Aniq kepada sepupu nya. "Ni pulak Amri, sepupu abang",.Aniq hanya mengangguk kan je.Dari jauh kelihatan Opah sedang busy di dapur memasak untuk esok, " abang, Aniq pergi jumpa Opah kejap ok, abang borak lah dulu dengan Abang Amri", ujar Aniq. "Okay Aniq, hati hati". Balas Abang Nabil.
"Assalamualaikum Opah, buat ape tu , busy nampak? nak Aniq bantu?", Aniq menegur opah yang tengah serabut, "Oh, Aniq rupa nya.? nak bantu ? boleh sangat, banyak anak dara kat rumah ni semua tak boleh harap, ni Aniq boleh tolong kupas dan potong bawang ni", bebel manja Opah kepada Aniq.Setelah selesai memotong bawang,Aniq minta kebenaran Opah untuk ke bilik air, terus Aniq menuju ke mencari bilik air, walaupun sebenar nya Aniq mencari Abang Nabil yang tidak kelihatan , Aniq berpusing di kawasan rumah dan dari jauh Aniq melihat Abng Nabil sedang rancak berborak dengan seorang perempuan, mereka kelihatan sangat rapat bagai kan pinang di belah dua bergurau senda macam tidak ingat dunia, "perempuan itu kelihatan agak gedik dengan Abang Nabil, ya Allah, aku dah kenapa ? tak kan cemburu kot? aku dengan Abang Nabil bukan nya ada apa apa lagi", gumam Aniq di dalam hati sambil berlalu pergi dari situ sambil membuat muka masam, Aniq menuju ke hujung anjung rumah tersebut sendrian melihat bintang. "Dari jauh abang lihat muka masam je? kenapa ni?, tadi abang perasan Aniq masa abang berborak dengan kawan abang Nita, abang nak panggil, Aniq dah berlalu pergi", tegur Abang Nabil. "Tak de pe, Aniq okay, cuma penat sikit bantu Opah di dapur tadi", jawab Aniq. " Aniq cemburu tengok abang borak dengan Nita tadi kan?, abang dengan Nita kawan je lah, Aniq jangan la merajuk, alololo comel, muka masam pun comel lagi", pujuk Abang Nabil. "Mana de Aniq cemburu, kan Aniq cakap penat sikit tolong Opah tadi", jawab Aniq. " ye lah tu, ermm jom lah kita balik, Opah rasa nya tu tak balik.Dia tidur sini" pujuk Abang Nabil lagi. Aniq senyum mengangguk kepala dan mereka terus balik.
#KE ESOK KAN HARI NYA
Aniq bangun awal dah bersiap awal, Abang Nabil baru je bangun lalu bergegas ke bilik air. Setelah berkemas, Aniq ke ruang tamu sambil menunggu Abang Nabil siap. Kelihatan Imran turut sudah bersiap duduk di ruang tamu, Abang Iqmal pulak tengah berkemas di bilik. "Im,semalam ko dengan Abang Iqmal pergi mana eah? tak nampak pun batang hidung ko kat rumah sepupu ko? ko pergi dating dengan Abang Iqmal ea?", tanya Aniq ingin tahu. "heheh., aku., aku., ajak Abang Iqmal pusing kampung semalam, lepas tu lepak jumpa kawan lama aku kat warung, dating kepala hotak ko", jawab Imran. " Eleh, kalau betol pun ape salah nya, aku tengok Abang Iqmal tu layan ko semacam je", balas Aniq lagi. Beberapa minit selepas itu, " Aniq, abang dah siap ni, Imran dengan Iqmal nak tumpang sekali dengan abang ke?", tanya Abang Nabil."Tak lah , Im tunggu Abang Iqmal" ,balas Imran. Aniq memusing ke belakang memandang sosok tubuh Abang Nabil berdiri terpacak dengan berbaju melayu kelihatan sungguh segak sekali." Sekali sekala tengok Abang Nabil berbaju melayu, handsome jugak Abang Nabil ni, tergugat iman Aniq", bisik Aniq dalam hati."jom lah", balas Aniq lagi.
Setiba nya di rumah pengantin, Aniq dan Nabil terus di jemput ke meja makan, tanpa melengah lagi, mereka terus ke khemah tempat menyaji orang yang datang, selepas selesai makan, Abang Nabil mengajak Aniq ke tempat persandingan pengantin untuk menangkap gambar perkahwinan sepupu nya. Acara hari ini selesai hampir jam 12 tengah hari.....
(Bersambung)...
YOU ARE READING
My Friend's Brother (Abang Kepada sahabatku)
RomanceMengisah kan kehidupan Aniq seorang remaja yang confius dengan sexuality diri nya kerana bila berdepan dengan abang kepada best friend nya Imran, Aniq tiba tidak keruan, gementar semacam, apa kah perasaan yang di alami oleh Aniq? Adakah dia g...