PROLOG

6 0 0
                                    

Kotak hadiah itu direnung dengan pelbagai perasaan. Sedih, marah, kecewa, kosong. Segala-galanya bercampur baur dalam hatinya. Air mata yang ditahan dari tadi jatuh juga ke pipi.

Sungguh, dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Mana mungkin dia mampu lagi tertawa dan tersenyum tatkala hati dihurung rindu yang menggila pada si pengirim hadiah.

"Sebab awak, saya masih lagi biarkan hati saya kosong. Sebab saya tahu awak akan muncul semula dalam hidup saya. Walaupun saya tak pasti bila. Tapi saya yakin... Awak akan muncul juga," perlahan saja suaranya tatkala menuturkan bait-bait ayat itu namun penuh harapan dalam setiap kata-kata dan doanya.

"Dia dah pergi. Kenapa masih harapkan dia? Kenapa masih sakitkan hati sendiri?"

Suara seorang perempuan muncul di telinganya. Dia tahu suara itu milik kawan baiknya. Cepat-cepat diseka air mata yang semakin banyak menghujani pipi.

"Aku yakin dia akan datang semula pada aku," bibir ukir senyuman namun rasa dalam hatinya Tuhan saja yang tahu.

"Kenapa kau yakin sangat? Seingat aku, dia tak pernah janji apa-apa yang boleh buat kau terus setia pada dia. Dia hilang macam tu aje. Azka, aku taknak kau kecewa,"

"Mira, kalau aku kata Tuhan gerakkan hati aku untuk terus tunggu dia... Kau nak cakap apa lagi?"

Dan selepas itu, tiada siapa antara mereka berdua bersuara. Kecuali hati kecil Azka.

Somehow, waiting for you is only my hobby.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Andai Masih Ada CintaWhere stories live. Discover now