Jangan Anggap Ringan Urusan Dengan Allah

98 12 0
                                    

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ibnul Qayyim berkata,
Allah akan memaksamu kerana dosa yang kamu lakukan dan Dia akan menjadikanmu tidak kuat memikulnya. Allah SWT berfirman,

“Janganlah kamu merasa aman sesudah berbuat maksiat”

Maksudnya, sesungguhnya dosa yang sudah kita perbuat itu tidak akan dilepaskan tanpa ada hukuman terhadapnya. Kegembiraan kita dengan perbuatan dosa itu lebih berat di hadapan Allah daripada dosa itu sendiri. Allah SWT berfirman,

“Maka tatkala mereka melupakan
peringatan yang telah diberikan kepada mereka. Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa”
[QS Al-An’am, 6:44]

Jangan sampai kita menganggap ringan
urusan dengan Allah. Apabila kita melihat Allah memberi pelbagai nikmat berturut-turut sedangkan kita masih berkubang di atas kemaksiatan, maka waspadailah keadaan itu, kerana itu hanyalah bentuk istidraj(kita berbuat buruk dan melakukan maksiat tetapi Allah tetap berbuat baik kepada kita). Kondisi itu menyebabkan kita tidak bertaubat, mengapa?

Kerana kita menyangka bahawa Allah sekali-kali tidak akan menyeksa, disebabkan oleh kelalaian kita.

Meninggalkan MaksiatWhere stories live. Discover now