Bab 26

239 9 0
                                    

" Doktor macam mana dengan anak saya " soal Puan Sri Warda sebaik sahaja doktor itu keluar daripada wad Wafieya.

" Alhamdulillah dia okay , tapi dia memerlukan rehat yang banyak kerana tekanan darah yang meningkat dan dia mengalami slight fever akibat hujan yang terkenanya " terang doktor tersebut.

" Terima kasih , doktor " ujar Puan Sri Warda.

" Sama-sama " ujar doktor tersebut lalu beredar pergi.

Datin Sri Efa yang dari tadi berada di sebelah Puan Sri Warda terus mengucapkan syukur kerana turut risau akan keadaan Wafieya.

" Takziah , Efa " ujar Puan Sri Warda.

" Terima kasih , Efa dah cuba redha relakan arwah pergi tapi Fieya la macam mana dia nak hadap " ujar Datin Sri Efa yang cuba menyekat air matanya untuk turun.

" Efa , tak salah kalau kita tunjukkan emosi kita kalau nak nangis......nangis jer biar kita rasa tenang " nasihat Puan Sri Warda.

Datin Sri Efa pun memeluk Puan Sri Warda lalu menangis di bahu Puan Sri Warda manakala Tan Sri Nazrief memberi semangat pada Dato Sri Emir.

Selepas mereka semua berasa tenang , mereka pun masuk untuk melawat Wafieya.

" Sayang mummy , kena  kuat eh " ujar Puan Sri Warda sayu sambil mengusap kepala Wafieya.

Keesokan harinya

" Mummy " panggil Wafieya yang baru sedar.

" Yes sayang " ujar Puan Sri Warda.

" Fieya nak balik " ujar Wafieya.

" Tak boleh Fieya kena rest " larang Puan Sri Warda.

" Tak Fieya tak perlukan rest Fieya perlukan Kal , mummy please bawa Fieya balik ...... mummy tak menyesal ke tak bagi Fieya jumpa Kal unutuk kali terakhir " ujar Wafieya keras dan campur sedikit ugutan.

" Okey kita balik tapi lepas je Kal dah dikebumikan ..... Fieya kena rest " ujar Puan Sri Warda setuju sambil meletakkan syarat.

Wafieya pun dibawa pulang ke rumah nya bagi menukar baju. Selesai menukar baju Wafieya dan Puan Sri Warda bergegas ke kediaman Dato Sri Emir.

Wafieya pun masuk kedalam rumah itu secara tidak sengaja semua kenangan mereka terngiang di fikiran Wafieya.

" I miss you so much , Kal " desis hati Wafieya.

Wafieya dan Puan Sri Warda pun duduk disebelah Datin Sri Efa.

" Mana Kal " soal Wafieya.

" Ohh Kal on the way kesini baru selesai solat di masjid " jawab Datin Sri Efa.

" Ohh " jawab Wafieya yang sedang cuba mengawal emosinya.

" Mama , Fieya nak minta maaf Fieya tak pandai nak jaga Kal baik-baik " ujar Wafieya.

Puan Sri Warda dan Datin Sri Efa yang mendengar Wafieya berkata sebegitu menjadi sebak.

" Fieya apa cakap macam tu ni semua ketentuan Allah dan Allah adalah sebaik-baik perancang and mama sikit pun tak salahkan Fieya sebab memang dah qadha dan qadar sayng " ujar Datin Sri Efa.

Wafieya hanya diam.

Mereka pun memulakan bacaan yassin apabila arwah Emery tiba. Ahli keluarga Emery semuanya pergi mencium jenazah buat kali terakhir. Wafieya juga pergi tapi hanya mentatap Emery. Wafieya tida dibenarkan mencium jenazah kerana dia bukan mahram.

" I promise no one can replace you " desis hati Wafieya. 

Mereka pun pergi ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian. Wafieya setia menemani Emery walaupun di dalam van jenazah.

Wafieya Elayniey - CompleteWhere stories live. Discover now