Prolog

36 1 0
                                    


Masih adakah cahaya bagi sesiapa yang tidak pernah merasainya?..

***

"PAPAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! TOLONG JANGAN BUNUH MAMA! B-BUNUH JELAH DANIEL.. T-TAPI JANGAN S-SENTUH MAMA!"

Tubuh itu ditolak sehingga terhempas kasar pada kaunter dapur rumah mereka. Darah keluar dari mulut kanak-kanak berumur 8 tahun itu apabila dia batuk. Namun begitu, dia mencuba sedaya-upaya untuk mempertahankan nyawa mamanya dari raksasa bertopengkan manusia itu.

"Daniel! Cepat, keluar dari rumah ni! Selamatkan diri Daniel! Mama selamat, mama janji!!" Tangannya cepat-cepat melepaskan genggaman Daniel supaya dia mampu untuk melepaskan diri.

Daniel patuh sahaja arahan mamanya walaupun hati tidak rela. Dia terlalu cemas ketika itui sehinggakan dia tidak memproses apa yang patut dia lakukan sebenarnya. Tercungap-cungap Daniel membuka langkah meninggalkan bangunan itu. Pada masa yang sama, dia terdengar teriakan mamanya  apabila diperlakukan dengan begitu ganas sekali oleh papanya.

"PLEASE!!! LET ME LIVE!!! I CAN LEAVE THIS HOUSE, IF THAT WHAT YOU WANT!! B-BUT LET ME LIVE WITH MY SON!!! OUR SON!"

Mama Daniel merayu sehinggakan dia melutut. Satu badan ibarat buzzer, tidak henti-henti bergetar dari tadi.

"Hmmph!" sungguh ringkas papa Daniel membalas rayuan sayu isterinya itu. Selepas itu, dapat didengari bunyi sebilah pisau dicampak ke arah sebuah tubuh. Na'uzubillah..

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa peritnya hati Daniel ketika telinganya mendengar satu per satu apa yang terjadi semasa hari itu.

***

Pada hari raya Aidilfitri yang penuh dengan barakah ini, sudah menjadi kebiasaan untuk ahli keluarga bersalam-salaman dan memohon kemaafan antara satu sama lain. Si anak haruslah meminta keampunan daripada kedua-dua orang tuanya supaya kerahmatan kekal berada di dalam kehidupan mereka.

Begitu jugalah Anis Raisha yang berumur 17 tahun pada ketika itu. Anak paling sulung daripada lima beradik. Seorang yang sungguh taat dan patuh terhadap perintah ibu-bapanya. Tidak pernah sekalipun dia meninggikan suaranya pada mereka.

 Namun, sejak-semenjak ini dia terasa seperti dia telah melukai kedua-dua hati mereka. Tidak ada semalam pun yang di mana tidurnya nyenyak akibat terlalu memikirkan perkara ini.

"Mak.." Dia memanggil maknya dengan lembut sebelum menyambung ucapan pohon ampun.

Maknya iaitun Puan Aini memandang anak gadisnya sendiri dengan penuh sinis sekali. Mukanya masam seperti tidak mahu langsung memaafkan kesilapan anaknya.

"Anis.. A-Anis minta maaf mak sebab sudah sakitkan hati mak bila Anis tridak dapat 9A+ SPM.. Mak, Anis janji Anis dapat masuk universiti hebat-hebat yang dekat luar negara nanti. Anis akan belajar betul-betul dan banggakan mak dan ayah.. Anis janji," dengan penuh rasa hormat dia melafazkan janji itu pada maknya.

Walau bagaimanapun, sedikitpun kata-kata itu tidak dapat melembutkan hati Puan Aini. Malah, badan Anis yang sedang menyimpuh itu ditolak sehinggakan terbaring Anis pada permaidani ruang tamu itu.

"Sudahlah, mak tak pernah ada anak bodoh macam kamu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tiramisu Encik DanielWhere stories live. Discover now