There's no time to be bored, you're perfect
Kaki Junhoe ditendang Hongseok perlahan sambil cuba mengemas ruang tamu memandangkan lelaki itu tidur di tengah ruang tamu dalam keadaan tidak terurus.
Junhoe buat tidak peduli dan memusingkan badannya, masih hanyut dalam mimpi.
"Eh budak ni susah sangat ke nak tidur dalam bilik" Keluh Hongseok. Tin bir dan snek yang bersepah dikutipnya.
"Hyung bangun! Wonjun call tadi" Teriak Seonghwa yang baru turun dari biliknya dan terus ke dapur.
Di dapur, Youngkyun, Hyungwon, Younghyun dan Wonwoo yang sedang bersarapan di meja pulau tidak mempedulikan perkara tersebut.
Seonghwa mengambil mangkuk dan menuangkan bijirin serta susu lalu mengambil tempat disebelah Youngkyun.
"Apa jadi?" Soal Younghyun ingin tahun.
Jika Wonjun menghubungi mereka pasti ada sesuatu yang terjadi. Wonjun merupakan CEO bagi syarikat tempat mereka bekerja.
Mereka bekerja sebagai teman lelaki sewaan. Kesemua mereka direkut setahun yang lepas dan telah menjadikan kerja tersebut sebagai kerja sampingan.
"Soyu putuskan kontrak dengan dia" Kata Seonghwa menjawab soalan Younghyun.
Yang lain tampaknya tidak terkejut dan hanya beriak biasa.
"Oh tu dia jadi macam ni semalam?" Hongseok masuk ke dalam perbualan selepas memasukkan sampah ke dalam tong sampah.
"Mungkinlah, jadi kita semua secara rasmi menganggur" Sahut Hyungwon.
"Tak juga, rasanya kita dah dapat pelanggan baru. Wonjun suruh kita datang petang ni" Kata Seonghwa.
"Aku harap perempuan kali ni okay, penat layan perempuan macam Inji" Kata Wonwoo selepas meneguk susu dalam mangkuknya.
Mereka yang mendengar keluhan Wonwoo terus tertawa. Bukannya mereka tidak kenal bekas pelanggan Wonwoo, sungguh gila wanita itu sehingga Wonwoo yang harus memutuskan kontrak.
Dia pula yang harus membayar denda.
"Tapi, kenapa Soyu putuskan kontrak dengan Junhoe? Bukan diorang macam pasangan sebenar ke?" Tanya Youngho yang baru keluar dari bilik air hanya dengan tualanya.
Youngkyun ketawa sinis membuatkan yang lain tertumpu ke arahnya.
"Perempuan tu gunakan Junhoe hyung je, dia dah dapat balik teman lelaki dia yang kata tu" kata Youngkyun lantang.
Mereka berenam memandang ke arah Junhoe yang masih lagi tidur dengan pandangan kasihan.
"Haish kesiannya budak tu, dahlah betul suka kat Soyu" Kata Younghyun dan menggelengkan kepalanya.
👦 👧
Kesemua mereka duduk di bilik mesyuarat menunggu Wonjun masuk.
YOU ARE READING
[HIATUS] Boyfriend Materials[Malay AF]
FantasyTeringin nak teman lelaki? Anda berada di tempat yang betul. Silakan mencubakan perkhidmatan kami! Hi! We are CLOSED MATURE [HIATUS]