🌺 5 🌺

2.7K 69 1
                                    

Para pelajar masing-masing membuat muka pasrah. Sudah lah penat dengan jungle trekking pada pagi tadi, sekarang perlu disambung pula dengan aktiviti mencari buluh di dalam hutan. Jelas-jelas mereka akan bermandi peluh lagi pada tengahari tersebut. Tetapi disebabkan tahu tiada gunanya mereka memberontak, mereka berkumpul di tengah-tengah tapak perkhemahan dalam pakaian yang lengkap serta membawa beg mengandungi barangan yang dipesan oleh Prof Aza sebelum ini.

"Sekarang boleh mula bahagi ikut kumpulan dan kita akan bergerak serentak. Zaid yang akan take over from here." Prof Aza memaklumkan berkenaan ketua alumni, Zaid yang juga merupakan pengarah program.

Sebaik mendapat penjelasan ringkas mengenai apa yang akan dilakukan, mereka mula bergerak ke dalam hutan. Qusyairi yang sememangnya mahir dalam hal-hal sebegini yang memberikan dahulu panduan sebelum diikuti para pelajarnya. Pelajar lelaki mula menebang buluh, manakala pelajar perempuan pula mengutip kayu-kayu kering untuk dijadikan bahan api yang akan digunakan sebentar lagi.

Selesai dengan tugasan masing-masing, mereka bergerak meninggalkan tempat tersebut untuk kembali ke tapak perkhemahan. Jam pada waktu itu sudah masuk pukul 1. Prof Aza kemudiannya menerangkan bahawa buluh-buluh tersebut akan digunakan untuk memasak nasi sebentar lagi. Wajah masing-masing sudah berubah hairan.

"Takpe. Kejap lagi Anis akan tunjukkan caranya. Pelajar perempuan, korang ikut je." Nama timbalan pengarah disebutkan. "Pelajar lelaki pula boleh ikut Dr Adam. Korang akan belajar cara untuk hidupkan api."

Aktiviti pada tengahari sehingga ke petang tersebut lebih kepada ikhtiar hidup ketika berada di dalam hutan. Melihatkan rata-rata pelajar adalah dari golongan bandar, perkara yang sepatutnya mudah sahaja turut memakan masa yang agak lama. Qusyairi sekadar tersenyum di dalam hati melihatkan kesungguhan para pelajar lelaki yang sedang cuba menghidupkan api. Dia sekadar menunjukkan contoh dan membiarkan mereka mencuba pula.

Dia teringatkan rakan-rakannya ketika zaman universiti dahulu. Berbeza dengan dirinya yang dibesarkan di kampung dan terbiasa dengan kehidupan yang memerlukannya berdikari, rakan-rakannya dahulu juga terkial-kial seperti para pelajar yang berada di hadapannya sekarang. Yang penting, mereka berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Setelah beberapa ketika kemudian, api mula berjaya dihidupkan.

Qaisara dan kawan-kawan perempuannya pula sedang terkial-kial membersihkan beras dan mengisi buluh-buluh dengan nasi yang sudah disukat. Kemudian air pula disukat supaya nasi nanti tidak terlalu kembang atau tidak cukup masak pula nanti. Buluh-buluh yang sudah diisi dengan beras dan air disusun pula di sekeliling unggun api yang sudah dihidupkan pelajar lelaki.

Kemudiannya, semua pelajar berhimpun dan mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak lauk pula. Menu pada petang tersebut ialah sup ayam herba dan cili padi berkicap. Ada yang membersihkan ayam, ada yang menyediakan bahan-bahan masakan dan ada yang menjaga api untuk nasi buluh. Untuk sup ayam tersebut, mereka menggunakan dapur gas besar yang memang disediakan di situ.

Qusyairi sesekali mencuri pandang ke arah Qaisara yang sedang terkial-kial mengupas bawang besar. Seperti yang disangkanya, gadis itu memang tidak terbiasa melakukan kerja-kerja rumah sebagaimana kebanyakan anak-anak orang kaya yang lain. Sebentar sahaja kelihatan air mata yang meleleh keluar dari mata si gadis, menyebabkan lelaki itu sedikit tertawa di dalam hatinya, lucu melihatkan kerenah gadis bandar tersebut.

"Seriously...we should learn how to cook once kita dah balik rumah nanti." Qaisara berkata sambil menyeka air matanya menggunakan lengan baju.

"Benda boleh order kot, nak susah-susah masak dah kenapa?" Balas Dira yang sedang mengupas bawang putih.

"Dah kawin nanti baru kau tahu susahnya nak hidup." Qaisara berkata kembali.

Hakikatnya rumah mereka memang dapur langsung tidak berasap. Hanya akan digunakan untuk memasak megi atau memanaskan lauk semata-mata. Itu pun kadang-kadang mereka sekadar menggunakan microwave. Mujurlah ketiga-tiga mereka masih rajin mengemas rumah meskipun liat bab memasak. Sudah terbiasa makanan dihidangkan bibik di atas meja sejak dari kecil lagi.

QAISARAWhere stories live. Discover now