Satu: Siapa Khai?

17 0 0
                                    

Waktu begini adalah waktu yang sesuai untuk Khai mengemas barang-barangnya. Lagi dua hari Khai bakal memasuki alam universitinya. Sudah lama angan-angan itu Khai mahukan.

Khai berehat di atas katil sambil melelapkan mata walaupun belum rasa mengantuk lagi, dia merenung ke atas syiling. "Macam mana lah aku dekat sana nanti," Khai berkata. Dia bagaikan tak percaya yang kini dia bakal melanjutkan pelajaran di university terkemuka.

Khai dapat rasa yang satu hari nanti dia bakal berubah. Maksudnya disini adalah, sekarang Khai berperwatakan lelaki. Dia adalah seorang wanita yang tulen. Walaubagaimanapun, Khai tidak terniat hendak menukar jantinanya kerana dia tahu benda itu agak mustahil dan gila jika difikir balik.

Khai atau nama sebenar, Khairunnisa. Merupakan pelajar lepasan SPM yang baru sahaja menerima keputusan SPM dan bakal melanjutkan pelajaran di universiti tak lama lagi. Khai berambut pendek dan berbadan besar serta tinggi. Kalau dilihat sekali, nampak seperti seorang lelaki.

Ya, Khai adalah perempuan boyish atau lebih dikenali sebagai 'tomboy'. Meskipun perkara itu tidak dapat dinafikan, Khai tidak gemar sekiranya orang memanggilnya tomboy kerana bagi Khai, panggilan itu agak kurang ajar dan tidak sopan. Khai lebih selesa berkawan dengan lelaki,namun dia tetap berkawan dengan perempuan.

"Nisa, kau dah siap ke belum packing tu? Nanti rushing lah esok," Tempik kakak Khai, atau dikenali sebagai Syahirah. "Sabar lah. Aku dah siap dah ni," Khai menjeling.

"Nanti kau terus masukkan beg-beg tu semua dalam kereta. Takde la kau rushing esok," kata Syahirah lagi. Khai cuma angguk tanda mengerti sahaja. Siapa tak kenal Syahirah, di sekolah Syahirah merupakan pengawas yang tegas dan garang. Syahirah kini sudah melanjutkan pelajaran di universiti dan mengambil jurusan perniagaan.

"Ye aku tahu lah," Khai cuma jawab dengan lesu. Syahirah meninggalkan Khai sendirian, mengemas barang-barangnya. Esok merupakan hari sejarah buat Khai. Dia harus bersedia dengan lebih awal.

"Nisa... cukup ke bekalan makanan tu? Ibu tengok macam tak cukup je bekalan makanan tu," kata Ibu Khai dengan lembut. Khai mengangguk dan tersenyum apabila melihat Ibunya memasuki biliknya. "Cukup ni Ibu. Lagipun kan Nisa tak banyak makan," Kata Khai.

"Manalah tahu kan lepas ni Nisa lapar ke. Maklumlah, dah duduk kolej kan?" Ibu Khai terus menyakat walaupun dia tahu itu mungkin hari terakhir bersama anak dia yang kedua itu. "Nisa takkan lapar. Sebab Nisa boleh makan masakkan ibu je," celoteh Khai lagi.

"Okay kita tengok nanti," Ibu Khai tergelak kecil. Dia kemudian meninggalkan Khai sendirian mengemas barang-barangnya.

•••

Keesokkan paginya merupakan hari paling bersejarah buat Khai. Dia bakal memulakan hari pertamanya di universiti walaupun sebenarnya hari itu adalah hari pertama pendaftaran.

Khai dan juga keluarga, sampai di tempat pendaftaran. Setelah Khai selesai daftar, Khai menerima kunci bilik. Dia agak berdebar kerana Khai adalah seorang pemalu dan introvert. Menjadikan dirinya sebagai seorang yang peramah adalah sesuatu yang mustahil.

Ibu dan Kakak Khai menolongnya mengemas bilik, membawa masuk barang-barang keperluan di dalam bilik. Ayah Khai? Jangan harap, disinilah silapnya ayah Khai kerana mengabaikan keluarganya dengan perkara-perkara begini.

Ayah Khai terkenal dengan sikap malas dan mengambil semua perkara dengan sambil lewa. Dia lebih suka kalau disuap ataupun diberi. Ayah Khai merupakan seorang ahli perniagaan yang agak terkenal, namun sikap tamak dan pentingkan diri, ayahnya kini bankrup dan muflis.

Kini ayah Khai lebih membuang masa di rumah dan tidak suka mencari kerja. Keluarga Khai kini ditanggung oleh ibu Khai sepenuhnya. Bekerja di kedai makan dengan gaji sebanyak enam puluh ringgit sehari membuatkan keluarga Khai terpaksa berhimpit dalam kewangan.

"Rumah nombor 109, bilik 2," Kata Khai kepada kakaknya. "Cepatlah, kitorang nak balik dah ni," Gertak kakaknya. Khai hanya mampu menjeling. Sekiranya tak mahu tolong, buat apa datang tunjuk muka dan ingin tolong.

"Dah... jom lah ambil barang. Nanti lift penuh pulak," Arah ibu Khai yang sudah lali dengan perangai kedua anak perempuannya itu. Khai dan kakaknya, tanpa berlengah lagi pergi ke keretanya untuk mengambil barang, sesampai mereka disana, Khai hanya mampu tersenyum sinis.

"Ni pun sama, kalau taknak tolong buat apa tunjuk muka. Buat sakit kepala otak aku je," Kata Khai dalam hati. Khai terus berdiam. Dia cepatkan dirinya untuk mengambil barang dan membawa ke biliknya.

Setelah satu jam, mereka telah siap menyusun atur bilik Khai dan seorang hamba Allah memasuk bilik Khai. Mereka berdua terseyum sinis. "Hai, kita mungkin roommate," Kata hamba Allah tersebut. "Mungkin?" Khai berkata dalam hati. Terlihat watak peramah hamba Allah itu, Khai terus mengucap syukur kerana dia sangat memerlukan kawan sebilik yang peramah. Dia taknak situasi menjadi janggal.

"Aku Farah," Farah menghulur tangannya ke arah Khai lalu dia pun sambut. "Aku Khairunnisa. Panggil Khai je," Khai terus tersenyum melihat Farah. Rupa Farah tidaklah kelihatan dari keluarga yang senang, dan pakaiannya lebih kepada cara kampung. "Nasib baik dia macam ni... kalau dapat roommate dari kawasan bandar tu.. mati jugak aku," Khai bermonolog lagi.

Ibu Farah dan Ibu Khai bersalaman antara satu sama lain. Ibu Farah sangat peramah, sehingga boleh berbual biarpun hampir petang. Setelah semuanya sudah pulang, tinggal Farah dan Khai berdua di dalam bilik mereka.

"Penat kan?" Kata Farah. "Memang penat. Tapi nak buat macam mana," Khai menjawab. Farah dan Khai mengambil masa yang sikat untuk mengenali satu sama lain. Farah dan Khai mempunyai pelbagai ciri-ciri yang sama. Membuatkan Khai selesa dengan Farah.

Khai mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Farah sebagai kawannya sehingga habis sem. Mereka terus berbual sehingga Farah membuka cerita tentang dirinya. "Khai... sebenarnya aku nak cakap something. Aku harap kau boleh terima aku sebagai roommate aku kalau aku cerita ni kat kau," Khai terdiam. Khai hanya angguk dan tersenyum. Dia memberi isyarat supaya Farah teruskan becerita.

"Aku suka perempuan,"

concupiscenceWhere stories live. Discover now