Dua: Farah

11 0 0
                                    

"Aku suka perempuan," Farah berkata sambil malu-malu. Khai menelun air liurnya. Dia tidak tahu nak cakap apa lagi tentang perkara ini. Ingin menyokong takut dipandang lain, ingin menasihati takut ditolak, kerana Khai dua kali lima sahaja. "Baguslah kalau kau mengaku," Khai tersenyum. "Jangan risau Khai. Aku takkan suka kau, sebab kau tahu lah kan," Farah berkata.

Benar kata Farah, Khai tak akan suka Farah dan Farah merasakan hal yang sama. Ini adalah kerana, Farah dan juga Khai merupakan seorang yang berperwatakan tomboy dan kasar. Khai pula sudah pasti dengan rambut pendeknya. Cuma Farah memakai tudung menampakkan dirinya tidak lari daripada menjadi seorang wanita.

"Aku pun ada benda nak cakap ni," Kata Khai pula. Farah tergelak kecil dan segera mendekati Khai. "Kau suka perempuan jugak eh?" Mata Farah terkebil-kebil sambil menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Khai. Khai hanya mengangguk dan sampil mengusap kepalanya tanda pening dan malas ingin melayan kerena Farah.

"Aku dah agak. Dari awal aku tengok pun aku tahu," Farah sambung gelak kecilnya membuatkan Khai turut sama tergelak. "Tapi kan Farah, kau kena janji tau kau jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni okay?" Khai melihat terus ke mata Farah. "Ye aku janji aku tak bagitahu sesiapa. Lagipun rahsia ni besar sangat, takkan aku nak bagitahu. Melibatkan aku pulak tu," Mereka berdua terus berborak sehingga arahan daripada akak fasi untuk turun berkumpul.

Ketukan kuat terdengar dari pintu bilik mereka, Farah dan Khai sama sama tekejut sambil melihat ke arah pintu mereka. "Tu mesti bilik sebelah ketuk," Tanpa melengahkan masa, Khai terus buka pintu. Terlihat dua orang perempuan sedang berdiri di hadapannya. "Dah ready? Jomlah turun sama sama," Kata perempuan tinggi itu atau lebih senang, housemate Farah dan Khai.

Khai hanya mampu mengganguk tersenyum malu. Dia jarang berbual dan berinteraksi dengan orang yang tidak dikenalinya. Bagi Khai, perbuatan tersebut akan memberikan ketidakselesaan kepada Khai. Farah hanya diam terkaku. Dia pun mengangguk dan meminta izin untuk memberi mereka masa untuk bersiap. Al-maklumlah, baru lepas kemas bilik. Mana tak penat. Setelah Khai dan Farah bersiap, mereka berdua segera mengikut housemate mereka yang lain untuk berkumpul bagi sesi seterusnya.

RewritingWhere stories live. Discover now