AIR MATA

22 0 0
                                    

Keluarnya air mata seseorang wanita kerana lelaki. Tanggunglah lelaki itu di setiap titisan air mata itu di akhirat nanti. Allah lahirkan wanita dengan hati yang lemah lembut iaitu hati yang mudah terasa menangis. Lelaki yang terbaik sahaja mampu mengatasi semua ini dengan baik tanpa meninggalkan wanita itu sia sia atau terpinga-pinga.

Begitu juga air mata yang keluar dari mata seorang ibu. Itu lagi bahaya dari segalanya. Kalau ibu menangis kerana kita memberikan dia sesuatu yang menggembirakan, kita akan dapat pahala dan keberkatan dalam kehidupan. Insyaallah.

Tetapi

Kalau ibu menangis kerana kita mengecewakan dia, ia adalah satu dosa besar yang kita kena tanggung. Setiap titisan air mata ibu tanpa kemaafan dari kita, tanggunglah kita di akhirat nanti. Jadi kalau kita buat ibu kita menangis sebab kita telah mengecewakan dia, pujuk dan mintalah maaf kepada dia. Tak susah. Turunkan ego. Tidak kira kamu lelaki ke perempuan. Jangan tinggikan egomu. Kesal nanti.

Allahuakhbar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KATA KATA ✔Where stories live. Discover now