Murid Baru

141 1 0
                                    

Pada suatu hari di SK Taman Mutiara, terdapat seorang pelajar baharu telah mendaftar di sekolah tersebut. Kemudian dia dibawa ke kelas bersama dengan guru kelas. Guru kelas dia ialah Puan Diana.

"Baiklah murid-murid, pada hari ini kita ada kawan baharu. Dia berasal dari Kota Kinabalu. Baikalah, Qasrina sila perkenalkan diri kamu di hadapan kelas"kata Puan Diana

"Nama saya Syarifah Nur Qasrina Maisarah Binti Dato' Syed Putra Alkalil. Saya berasal daripada Kota Kinabalu. Sebelum ini saya saya bersekolah di SK Beufort dan berpindah ke sini mengikut ayah saya yang kini bertugas sebagai CEO cawangan baharu Syarikat Syed & Family Industries yang terletak di Petaling Jaya. Saya harap kawan-kawan akan memberikan tunjuk ajar"kata Qasrina

"Wow nampaknya semakin bertambahlah pelajar yangb berasal dari kalangan keluarga kerabat. Baiklah Qasrina, awak boleh duduk di antara dengan Raja Nur Mia Maizzara Aisyah dan Raja Nur Emmy Maizzara Aisyah"kata Puan Diana

Kemudian Qasrina berjalan menuju tempat duduknya di bahagian tengah kelas.

"Hai Qasrina, saya Mia.Tempat duduk awak di sebelah saya."kata Raja Nur Mia kepada Syarifah Nur Qasrina

"Terima kasih Mia. Saya hargainya"balas Syarifah Nur Qasrina

Sepanjang tempoh waktu pembelajaran di dalam kelas, mereka bertiga sudah mula mengenali satu sama lain.

Raja Nur Mia Maizzara Aisyah dan Raja Nur Emmy Maizzara Aisyah merupakan anak kepada usahawan terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Raja Muhammad Ammar Mukriz Syahmi dan Puan Sri Raja Nurul Syazwina Sofea Arissa . Walaupun berasal dari keluarga berada, mereka tidak lupa daratan dan sering hidup merendah diri.

Pada waktu rehat, mereka bertiga ke kantin untuk makan. Sewaktu Qasrina ingin beratur untuk membeli makanan,ada seorang guru bernama Puan Qistina Delaila memanggilnya ke arah Cafe Putra Brasmana. Qasrina agak pelik dengan susasana di cafe itu kerana hanya terdapat pelajar yang berasal dari keluarga kerabat. Kini barulah Qasrina faham bahawa setiap pelajar yang berasal dari keluarga kerabat mempunyai sebuah cafe khas hanya untuk mereka tanpa perlu beratur panjang di kantin bersama dengan pelajar lain.

Qasrina makan bersama-sama dengan Mia dan Emmy sambil bersembang. Kemudian waktu rehat telah tamat.

Setelah tamat waktu persekolahan, mereka bertiga pulang bersama-sama. Mereka menunggu di kawasan lobi khas.Kemudian pemandu peribadi Qasrina tiba.

"Bye Mia! Bye Emmy! Jumpa esok. Nanti kita whatapps korang"kata Qasrina

"Ok!"balas Mia dan Emmy serentak

Setelah tiba di rumah, Qasrina mencari bondanya, Datin Syarifah Nurul Sophea Liyana dan umminya, Datin Wan Nurul Iman Amani yang merupakan isteri kedua ayahnya.

"Bonda Sophea! Ummi Amani! Qas dah balik!"jerit Qasrina dari ruang tamu.

Kemudian Bonda Sophea muncul dari dapur dengan terkocoh-kocoh sambil membawa sudip.

"Ya Allah, Ya Tuhanku! Qas kenapa jerit-jerit ni! Tak elok anak dara menjerit. Tak manis" tegur bonda Sophea sambil menyambut huluran salam Qas.

"Mintak maaflah, Bonda. Qas dah terbiasa. Hmm! Bonda, dimana ayahanda dengan ummi. Dari tadi Qas tak nampak"kata Qasrina kepada Bonda

"Ayahanda kamu macam biasalah. MAsih di tempat kerja. Ummi kamu di atas menguruskan adik kamu mandi"kata Bonda Sophea

"Ohh. Kalau macam tu Qas nak naik mandi jugaklah"kata Qasrina kepada Bondanya

Qasrina merupakan anak bongsu bersama dengan bonda dan mempunyai seorang abang bernama Syed Muhammad Fahmi Awra Alkalil dan seorang kakak bernama Syarifah Nurul Aliya Amani.Manakala anak Dato' Syed Putra Alkalil bersama dengan Datin Wan Nurul Iman Amani ada 4 orang iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Jika mengikut turutan adik beradik Qas dari abangnya ada 7 orang. Yang pertama ialah Syed Muhammad Fahmi Awra Alkalil, Nik Muhammad Farhan Alkalil, Nik Muhammad Faiz Alkalil, Syarifah Nurul Aliya Amani, Wan Nurul Mardhiah Humaira, Syarifah Nur Qasrina Maisarah dan Wan Nurul Putri Maisarah Amani.

Di atas, Umminya sedang bergelut menguruskan Maisarah yang kini berusia 3 tahun.

"Hai Ummi! Qas dah balik."kata Qas kepada Ummi setelah dia selesai mandi.

"Ohh. Qas dah balik.Tadi balik mesti dengan Pak Mad kan?"teka Ummi sambil memakaikan baju kepada Maisarah.

"Ye lah Ummi."kata Qas.

"Hmm. Dah jom turun. Tu Bonda dah panggil makan. Ayahanda tentu dah sampai rumah"kata Ummi sambil mendukung Maisarah turun ke ruang makan.

Mereka makan dengan tenang. Selesai makan, mereka berkumpul di ruang tamu untuk sesi night movie. Setelah sesi night movie tamat, ayahanda memanggil Qas untuk menanyakan tentang hari pertama persekolahannya.

"Qas, ayahanda nak tanya sikit tentang sekolah tadi? Bagaimana keadaan sekolah? Sudaj ada kawan?"tanya ayahanda

"Sekolah ok. Qas dah ada kawan. Nama diorang Raja Nur Mia Maizzara Aisyah dengan Raja Nur Emmy Maizzara Aisyah. Diorang kembar."kata Qas kepada ayahanda

"Mesti diorang berasal dari keluarga kerabat jugak kan? Sebab gelaran raja-raja ni kalau berasal dari keturunan raja macam kita"terang ayahanda

"A'ah ayahanda. Nama parents diorang Tan Sri Raja Muhammad Ammar Mukriz Syahmi dan Puan Sri Raja Nurul Syazwina Sofea Arissa"kata Qasrina


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sahabat SejatiWhere stories live. Discover now