25 Mac 2020/ 06 April 2024
"Lepas!" Aku retap tanganku lagi kuat. Cuba untuk melepaskan diri, tapi rasa perit itu pula yang terasa bila dia menambah kekuatan pada cengkamannya.
"Lepaslah!" Meronta lagi. Namun sedikit pun lelaki itu tidak terkutik. Tidak hiraukan aku, malahan matanya kekal memandang dua orang lelaki tadi. Bagai cuba memahami keadaan.
"No. Kita belum selesai lagi." Balasnya tanpa sedikit pun berkalih kepadaku.
"Belum selesai apanya? Salah saya cuma terlanggar encik aje. Itu pun ter! Bukan saya suka-suka langgar!" marahkan aku pula. Mahu dia sedar perbuatannya ini salah.
"That makes our actions equal. So, deal with your crap!"
Kepala otak kau equal!
"Kalau encik tak nak lepas, saya menjerit!" Tak dapat cara rontaan, aku mengugut pula.
"Try me." Cabarnya. Wajahnya yang dingin tadi kian beku. Sama sekali tak kesah kalaupun aku melalak minta tolong.
"Tolonglah encik! Saya kena pergi!" Jeritanku kini berganti rayuan. Betul-betul terdesak bila dua orang lelaki itu semakin mendekat.
"Sebab mereka ke?" Dia pusingkan kepalanya sekali lagi kepada lelaki-lelaki tegap itu.
Kedua-duanya tengah bersaing larian siapa lebih laju mendapatkan aku. Tapi sesiapa pun daripada mereka yang sampai dulu, keputusannya tetap sama. Aku tetap akan jadi bahan terajang ahlong-ahlong itu!
"Ya! Tolonglah lepaskan saya!" Terpaksa mengaku, aku merayu lagi.
Tak ada apa yang aku mampu buat sekarang ini selain mohon jasanya.
Namun pandangan tanpa emosi lelaki itu tidak memberi sebarang jawapan. Dia hanya pegun seketika dengan kening sedikit berkerut sebelum memandangku tajam.
"Kau ni perempuan yang bermasalah ke?"
Apa maksud dia dengan bagi soalan begitu? Belum pun aku beri pengesahan, dia bertanya lagi.
"An escort? A sugar baby?"
Terkejut dengar spesies tuduhannya itu, automatik aku melahar.
"Encik tu apa pulak? Mangkuk hayun? Mangkuk bertingkat-tingkat? Ingat saya ni perempuan macam mana?!" Hah, kan! Free-free kena setepek ayat mangkuk hayun bin mangkuk bertingkat tu.
Suka-suka jiwa aje tuduh orang yang tak dikenalinya seperti itu.
"Lepaslah mangkuk hayun!" Masih berkeras, sekali lagi tanganku retap. Tapi tengok dari rupa dan pergerakkan, lelaki ni seperti tidak terkesan langsung dengan rontanku. Malahan usaha aku ni terlihat seperti habuk yang menempel di bajunya. Worthless!
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...