"Miss Son! Kami balik dulu, ya?"
"Ya! Jumpa esok, semua!" balasku kepada salah seorang pekerja aku.
Kini tinggallah aku seorang di pejabat yang tidak kurang luasnya. Aku memandang jam pada pergelangan tangan aku. Nampaknya, malam ini aku harus bekerja lebih masa lagi.
Seoul Fashion Week bakal tiba tak lama lagi dan aku perlu menyiapkan design-design bajuku sebelum bulan hadapan. Setakat ini, sudah enam helai gaun malam dan minum petang sudah aku siapkan. Masih tinggal lagi lima helai design yang perlu aku kemaskini dan jahit.
Hampir dua minggu aku overtime di pejabat. Makan pun tidak tentu. Tidur pun kurang. Aku tidak kesah sebab ini kerja aku. Ini yang aku idamkan. Secawan kopi yang masih berbaki aku ambil dan hirup. Belum sempat cawan itu menjengan bibir aku, aku merasakan satu kesakitan yang maha hebat di kepala.
Tanpa disangka aku terjatuhkan cawan tersebut ke lantai dan ia pecah membasahi karpet pejabat. Aku bangun dari dudukku untuk ke meja salah seorang pekerjaku yang selalu membawa ubat-ubatan. Namun sebaik saja aku memulakan langkah, aku terus rebah. Kepalaku terhantuk pada bucu meja sehingga meninggalkan luka. Dahiku berdarah.
Aku mula rasa sakit dada. Nafasku tercungap, bagaikan tidak dapat bernafas. Mataku makin lama makin memberat. Adakah aku akan mati? Tidak, aku tidak mahu mati lagi!
Sudah lah umurku menginjak ke angka 30, kekasih pun tiada. Tiada siapa dalam pejabat ini akan membantuku. Nampaknya, kematian aku sangatlah menyedihkan.
Tuhan, jika Kau dengar rayuanku, aku merayu, aku tidak mahu mati lagi. Berilah aku peluang untuk mencapai segala keinginanku sebelum pergi....
.
.
.
.
.
."Rayuanmu diperkenankan wahai anakku..."
Hi, bertemu kembali dengan fanfic baru! Ya, aku tahu banyak lagi ff aku yg tersadai. Tapi aku nak test je if ff ni dapat sambutan, aku akan try cari masa untuk update!
Plot ff kali ni lain kan dari ff aku yang lain? Sebenarnya aku nak bawa perubahan dlm penulisan aku hehe. Jadi sejak akhir tahun lepas, aku ada berjinak dngn novel serta manhwa dari korea. Plot setiap novel dorang semua best and tak cliche! Jadi aku ingat, apa salahnya aku cuba? Tapi versi exo! Hehe.
Hm, korang rasa siapa yang jadi anak ye? 🤔 Give me your thoughts!
YOU ARE READING
I am The Villain's Mother (On-Hold)
FanfictionSon Yuhwa tidak sangka kerja idamannya merupakan pembunuhnya dalam senyap. Dia merupakan seorang pereka fesyen, namun disebabkan bekerja terlalu keras, dia telah meninggal dunia dalam pejabatnya sendiri. "Aku mati macam ni je ke? Dah la hodoh, lepas...