PROLOG

9K 433 16
                                    

UNTUK BACAAN YANG LEBIH PANJANG DAN KEMAS, BOLEH BELI E-BOOK INI YA.

Langit malam itu ditatap penuh sebak yang menghurung dadanya saban hari. Tangannya bersatu demi menghangatkan tubuh yang semakin dicengkam  dingin malam itu. Setiap kali angin menyapa wajah, dia memejamkan kelopak mata. Menikmati.

Selama ini, dia hanya mengejar kesempurnaan yang dia cipta sendiri. Dia leka dengan kelebihan yang Allah berikan kepadanya. Kini, dia hanya mahu hidup di samping keluarganya yang tercinta. Jika dahulu dia merasakan bahawa tiada sesiapa di sisinya, dia silap. Ternyata masih ramai yang meletakkan harapan terhadapnya. Masih ramai yang menyayangi sepenuh hati.

Aku bahagia.

"Aurora." Mata automatik terbuka saat terasa bahang hangat melekap di belakang tubuh. Tidak perlu berpusing kerana dia cukup tahu siapakah gerangan itu.

Pelukan hangat yang dia rindukan.

Helaan nafas yang dia nantikan.

"Kenapa tak masuk dalam lagi ni aurora?Kan sejuk malam-malam ni." Bunga Leyna tersenyum saat terasa kepala memberat akibat dagu lelaki itu ditampung atas kepalanya.

"Tu tanggungjawab abang untuk hangatkan Bunga."

Bunga Leyna menyandar rapat ke arah tubuh lelaki itu. Sangat hangat apabila dipeluk sebegitu. Ibu jari mengelus lembut tangan kekar yang melilit tubuhnya.

"Tapi abang ada tanggungjawab yang lebih penting daripada tu." Bisik lelaki itu sambil menghirup haruman terbit dari celah rambut isterinya.

"What is it? Tell me." Bunga Leyna mendongak dan serentak pandangan mereka bersabung utuh. Masing-masing umpama mencabar antara satu sama lain.

"Mencintai Bunga Leyna dan setia bersama dia hingga hujung nafas abang."

Bunga Leyna sebak. Terus dia lingkarkan tangan di leher itu. Wajah disembamkan.

"Ops! Jangan menangis lagi, abang lupa nak cakap lagi satu tanggungjawab abang."

Lelaki itu mendekatkan bibir ke cuping telinga isterinya.

"Seducing you until you're surrender, Aurora."

Cup!

Lelaki itu senyum dalam kucupan penuh kasihnya. Dia pejamkan mata, inilah mimpi indahnya! Mimpi yang sering menjengah lenanya.

🎉 You've finished reading 𝐊𝐡𝐚𝐲𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐦𝐩𝐢 | BAKAL TERBIT NOVEL 🎉
𝐊𝐡𝐚𝐲𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐢𝐦𝐩𝐢 | BAKAL TERBIT NOVEL Where stories live. Discover now