🌸BAB 1

542 4 1
                                    

"Kalau kamu penat abang biarlah abah yang memandu," kata pak Hassan apabila melihat wajah anak sulungnya yang kelihatan letih, Hadif baru sahaja balik dari kerja , penat pun tak hilang lagi terus kena memandu untuk melawat adiknya di asrama, kerana besok ada lawatan untuk ibu bapa. Mereka bertolak malam, sampai di sana mereka tumpang di rumah pak lang, adik kepada bapanya.

"Takpelah abah abang boleh memandu abah jangan risau ya, abah duduk je sebelah abang." Hadif dia tidak mahu menyusahkan bapanya, kesihatan bapanya yang tak mengizinkan membuatkan dia melarang bapanya untuk memandu lebih lagi pada waktu malam. Walaupun dia merasa letih hatinya merasa senang kerana dapat bawa ibu dan bapanya berjumpa dengan adiknya, Hanan yang amat mereka rindui. Itupun dah buat dia merasa lebih semangat.

"Kalau abang letih esok je lah kita bertolak." Mak Timah yang baru keluar dari bilik dengan membawa beg di tangan bersuara.

Dia sudah menyiapkan semua barang yang perlu dibawa, dengan keadaan anaknya letih dia menjadi kesian dengan anak lelaki sulungnya itu.

"Betul cakap mak kamu tu, besok je lah kita bertolak. Nanti abah beritahu pak lang kamu balik."

"Takpe abah abang boleh, kalau kita bertolak esok lambat pulak sampai, kesian kat adik," jawab Hadif.

"Kalau kamu dah cakap macam tu, takpelah kita bertolak malam ni." Pak Hassan akur dengan keputusan Hadif, dia tidak mahu kerana perkara kecil begini boleh menimbulkan pergaduhan pula dengan anaknya, jadi dia ikutkan sahaja kata Hadif. Memang sikap anaknya begitu kalau dia dah kata dia boleh buat maknanya dia akan buat.

Ketika Hadif memasukkan barang yang perlu dibawa ke dalam bonet kereta, mak Timah yang berada tidak jauh darinya memandang anaknya itu dengan penuh kasih.

Hadif yang perasan akan pandangan ibunya, terus melangkah menghampiri ibunya.

"Kenapa mak? ada apa-apa mak nak cakap dengan abang?" tanya Hadif lembut.

"Mak cuma kesiankan anak mak, abang dah banyak sangat berkorban untuk kami." Tangan Hadif digengam erat, pipi anaknya dielus lembut.

Hadif memang banyak berkorban utuk keluarganya, terutama sekali terhadap adiknya, Hanan dia sanggup berhenti dari universiti. Semata-mata ingin mencari duit untuk adiknya masuk ke dalam sekolah yang terbaik. Hadif hanya berkerja di kampug dengan membantu bapanya menuai padi. Hari minggu pula dia bekerja di pasar menolong pak Karim bakal bapa mentuanya.

Hadif mengukir senyum, dia membalas dengan memegang tangan ibunya di pipinya.

"Mak, abang sayangkan keluarga abang. Abang cuma nak tengok keluarga abang bahagia." Balas Hadif lembut.

"Mak bersyukur dapat anak macam abang dengan adik, mak sayang sangat dengan kamu berdua, mak tak tahu mak dapat ke tak jumpa adik kamu." Menitis airmata di pipi ibunya.

Hadif menyeka airmata yang jatuh di pipi ibunya, dalam hatinya hairan dengan sikap ibunya hari ini.

"Kenapa mak cakap macam tu? esok kita semua dapat jumpa adik." Hatinya mula risau dengan kata-kata ibunya, Mulalah fikiranya fikir yang bukan-bukan

Mak Timah terus memeluk anaknya erat, belakang anaknya diusap perlahan seperti mereka tidak akan berjumpa lagi, Hadif membalas pelukan ibunya erat walau dia mula rasa tidak sedap hati. Mereka pegun dalam dakapan kasih masing-masing.

Hadif memeriksa semua barang jika ada yang tertinggal, apabila dia sudah memastikan semua barang sudah ada, dia terus meloboskan diri ke dalam kereta. Pak Hassan dan mak Timah sudah pun berada di dalam kereta, Hadif memulakan pemanduan dalam hatinya tidak berhenti berdoa supaya perjalanan mereka sekeluarga selamat.

Apabila sudah sampai separuh jalan, mata Hadif mula terasa berat tetapi dia cuba juga mengawal matanya supaya tidak tertidur semasa tengah memandu.

"Hadif kalau kamu letih, berhenti dulu mana-mana tidur sekejap." Tegur pak Hassan yang perasan akan wajah mengantuk anaknya itu.

"Baiklah abah kita berhenti dekat perhentian depan tu, sikit lagi nak sampai," jawab Hadif, memang dia terasa matanya letih, bila dah sampai sahaja di perhentian dia akan tidur sekejap untuk menghilangkan mengantuknya.

Pak Hassan hanya mengganguk mengiyakan, Mak Timah pula sudah lena dibuai mimpi.

Nasib tidak menyebelahi mereka, ketika Hadif hendak menyeberangi jalan setelah traffic light sudah menyala hijau, sebuah lori yang berada di arah bertetangan tidak berhenti malah terus merempuh kereta yang dibawa Hadif sehingga terseret di jalan, lori itu menuju ke arah mereka dengan kelajuan yang agak laju.

"Allahuakbar..." Jerit Hadif dia cuba mengelak tetapi tidak sempat keretanya terus diheret sehingga ke pembahagi jalan, mak Timah tercampak keluar dari kereta, manakala pak Hassan pula kakinya tersepit di celah tempat duduknya.

Kereta mereka habis kemit dihimpit, Hadif masih lagi di dalam kereta, dia melihat pak Hassan yang berada di sebelahnya sudah tidak sedarkan diri, dia cuba keluarkan pak Hassan tetapi sukar baginya. Kepalanya berdarah kerana terhantuk di cermin kereta, tetapi dia masih lagi gagah untuk keluar dari kereta apabila melihat ibunya sudah terbaring di tengah jalan.

Keluar sahaja dari kereta Hadif rebah tak mampu untuk dia melangkah lagi, dia ingin merangkak menghampiri ibunya, tetapi dia tidak bermaya menitis airmata di pipinya melihat keadaan ibunya.

"Mak, jan..gan ting..galkan aba..ng mak," ucapnya perlahan sambil tanganya ingin mencapai ibunya yang agak jauh darinya, matanya mula memberat terus dia pengsan tidak sedarkan diri.

Beberapa orang yang berada di situ terus membantu keluarga Hadif, salah seorang dari mereka terus menghubungi pihak hospital dan polis untuk melaporkan perkara tersebut.

Pemandu lori tersebut juga cerdera parah, dia juga sudah tidak sedarkan diri.

Hadif dan keluarganya segera dikejarkan ke hospital, pemandu lori itu pula akan disoal siasat oleh pihak polis setelah dia sedar nanti.

Korban Kasih Abang✔️Where stories live. Discover now