-Chapter 5-

137 35 57
                                    

●●●●●

JungKook telah menunggu HaNa di depan apartmentnya selama 15 minit, tetapi bayang-bayang HaNa juga tetap tidak kelihatan.

"Adoi! Kalau namanya perempuan, memang lembab lah." Perli JungKook sendiri.

"Sabar, sabar JungKook." Kata JungKoon sendiri.

HaNa terus memasuki kereta dan membuat JungKook terkejut dan melatah "Mak kau hijau!"

HaNa memandang JungKook dan berkata "Idol melatah, kalau aku record tadi. Mesti banyak view kan?"

JungKook terus menarik handbreak dan memandu ke tempat yang ia ingin tuju.

"Diamlah, dah lah lambat. Lepastu masuk kereta orang macam tu je. Kau asal lambat?" Tanya JungKook.

"Tadi aku pergi bagi anak-anak aku makan, dari semalam aku tak bagi makan. Kesian dekat diorang tau." Jawab HaNa.

"Anak?!" Terkejut JungKook.

"Relax lah, anak kucing je. Tak payah nak terkejut sangat lah." Kata HaNa pula.

"Ehhh sekejap, kau nak bawa aku pergi mana pula hari ni?" Tanya HaNa.

"Hari ni, aku nak bawa kau pergi Sungai Han. Kita lepak-lepak, kau pernah pergi sana tak?" Tanya JungKook pula.

"Tak, aku mana lah ada masa nak jalan-jalan macam tu. Alang-alang kau dah bawa aku pergi sana, jangan menyesal tau nanti." Jawab HaNa.

"Ehhhh! Kau boleh ke keluar pagi-pagi ni, kang fans kau kejar kau. Aku tak nak lari macam orang gila disebabkan kau. Elok-elok aku nak jalan-jalan, tiba je aku kena masuk marathon." Kata HaNa lagi.

"Takpe, pandai-pandai lah aku hidup nanti. Kau don't worry lah. Disebabkan kau tak pernah pergi, hari ni aku belanja kau. Kau nak apa-apa cakap je." Kata JungKook.

"Serious?! Jangan menyesal, aku ni pantang orang bagi free. Aku rembat je." Kata HaNa pula.

"Ni JungKook lah, setakat barang yang kau nak tu aku boleh bayar lah." Jawab JungKook.

HaNa dan JungKook ketawa dengan perbualan mereka sendiri.

●●●●●

Turun daripada kereta, HaNa terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya ketika itu.

JungKook memandang HaNa yang kelihatan begitu teruja terus menarik tangan HaNa ke gerai di tepi jalan.

HaNa terkedu dan mengikuti juga langkah JungKook tanpa membantah.

"Kau nak corndog yang mana? Kau pilih je, mana-mana yang kau nak. Lepas tu nanti kita boleh makan kat sana." Kata JungKook sambil menunjukkan ke arah kerusi kayu di tepi Sungai Han tersebut.

HaNa memilih corndog yang ia ingin makan dan dibayar oleh JungKook. Setelah selesai, mereka berdua terus menuju ke kerusi kayu tersebut.

"Cantik lah pemandangan kat sini, kalau aku tau dari awal, dah lama aku lepak kat sini." Kata HaNa.

"Mulai hari ni kalau kau nak pergi mana-mana, kau bagi je tahu aku. Nanti aku bawakan, okey?" Kata JungKook.

[ ✔ ] YOU NEVER WALK ALONE || JJK || Malay Version || ✔100%Where stories live. Discover now