1

8 2 0
                                    

Hujan lebat membasahi kota Seoul. Disebabkan hujan lebat Kang Nahee dan Song Chaeyoung tersadai di kedai serbaneka 7E.

" Kau la ni. Kalau kau tak ajak aku lepak tadi, takde nya aku tersadai dekat sini. Macam mana aku nak balik ni?"  Bebel Kang Nahee. Sudah la dia keluar senyap senyap tanpa pengetahuan orang tuanya.

" Kita tunggu jela sampai hujan berhenti. Lagi setengah jam hujan tak berhenti aku call driver aku suruh hantar kau balik. Okay?"  Chaeyoung Cuba menenangkan sahabatnya yang gelisah itu. Mana tidaknya, sudah sejam mereka duduk di sini.

" Takde takde. Kau call sekarang. Aku risau nanti kantoi dengan papa aku. Kalau kantoi dengan mama aku boleh lagi dia senyap. Ni kalau papa tahu, mati aku. Tak dapat keluar dah nanti. Bukan kau tak tau bapak aku tu macam mana. Garang nak mampus. Bla bla bla"  Nahee membebel seakan tiada esok hari. Murung hari hari Chaeyoung kalau macam ni.

"Ya ya ya. Aku call sekarang. Kau tu diam. Membebel tak sudah" Chaeyoung menggulingkan bola  matanya.  Nahee sudah menarik muncung.




.,.,.,.,.,.,

" Kang Nahee wake up!. Tak reti nak bangun ke?! Nak tunggu matahari terpacak atas kepala baru nak bangun?! Macam mana nak kahwin kalau macam ni perangai? Lari suami kamu nanti" okay papa Nahee sudah membebel dari tingkat bawah. Encik Kang Joon menggelengkan kepala dengan sikap anak daranya yang seorang itu.

Umur sudah 20 tahun  tetapi perangai tidak berubah. Anak dara bertuah betul. Macam mana nak kahwin nanti? Sudahlah masak pun tidak tahu. Duduk terperap sahaja dalam bilik. Tidak pun keluar lepak dengan Chaeyoung.

Puan Kang Sohee hanya  menggelengkan sahaja kepala. Sudah masak dengan perangai anak daranya itu. Tidak lama selepas Tuan Kang membebel, Nahee turun sambil itu dia tersengih seperti kerang busuk.

" Ha bangun pun. Ingatkan nak tidur sampai tak bangun bangun terus" ujar Tuan Kang selamba sambil membaca surat khabar

Zzappp

Rasa macam kene tusuk dengan pedang dalam cerita Goblin tu. Dalam sangat. Pedih. Sakit. Deep.

"Apa abang ni. Tak baik tau cakap macam tu" tegur Puan  Kang lalu terus menepuk pelan peha Tuan Kang. Ini lah sikap Puan Kang. Terlalu baik hati. Terlalu manjakan Nahee. Tidak pernah mengamuk tak ingat dunia macam suaminya itu. Berbeza dengan sikap Tuan kang yang tegas dan garang. Kalau dia cakap A, maka A la dia. Tiada B, tiada C.

" Betul la saya cakap. Awak tu yang manja kan sangat anak awak sorang ni. Nanti dia naik lemak, pijak kepala kita baru awak tahu" Nahee tersengih sengih sambil menyuapkan nasi goreng yang dibuat oleh puan Kang

"Hari ni papa nak kamu duduk rumah belajar masak dengan mama. No keluar lepak. Kalau nak lepak ajak Chaeyoung datang rumah. Kalau papa dapat tahu kamu keluar jugak, papa tak akan teragak agak nak sekat kad kamu kunci kereta pun papa ambil". Tuan kang menyisip sedikit kopi yang sudah tersedia di depan mata. Matanya menjeling ke arah Nahee yang sudah menarik muncung sedepa

Mula la tu nak buat perangai.

" Ala papa" tak sempat Nahee mahu memujuk, Tuan Kang sudah memotong "no ala ala. Dengar cakap papa. Belajar masak" tegas Tuan Kang memberi arahan.

" Okay macam ni, apa kata Nahee belajar masak then bila Nahee dah boleh buat satu masakan tu, Papa rasa. Lepas tu papa kene bagi Nahee keluar. Okay?" Nahee mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat sebuah perjanjian.

" Okay. Tapi ingat kalau tak lepas, kamu tak boleh keluar" Tuan Kang memaut jari anak tunggalnya itu.







.,.,.,.,.,

Hohohohoiiii maaf kalau ada typo ke atau kesalahan tatabahasa.. heuheuheu jangan lupa tekan button start dekat bawah tu nanti hehehe bubye❤:-)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Begin Again •slow update•Where stories live. Discover now