Malam tu merupakan malam yang pertama untuk kesemua penghuni rumah 109. Setelah penat dengan ice breaking pada waktu petang, malam lah waktu mereka untuk merehatkan badan bagi menjalan aktiviti pada esok hari pula.
Khai dan Farah tidur di dalam bilik mereka sejurus sahaja mereka sampai di bilik mereka. Ice breaking yang tamat 30 minit awal membuatkan kedua-duanya mahu tidur sepanjang malam akibat keletihan. Khai tidak berfikir panjang. Dia terus merebahkan badannya ke atas katil dan melelapkan mata dengan pantas.
Melihat Khai begitu, Farah turut sama mengikut Khai. Farah ni kuat tidur juga sebenarnya. Apabila dia terlihat Khai sudah pun tewas dan terciduk, maka dia mengambil peluang untuk join. Tepat pukul 8 malam, ketukan bilik mereka telah didengari. Khai terjaga lalu dia memandang farah yang sudah pun selamat diulit mimpi.
Tanpa membuang masa, Khai terus membuka pintu. "Awak, dah lepas maghrib ni. Taknak makan ke? Dah mandi ke belum?" Terlihat seorang perempuan yang sangat ayu orangnya. Lemah lembut dah berbudi bahasa. Khai berasa kekok kerana ber awak saya. Khai tidak pernah begini bersama orang di sekelilingnya.
"Um, jap lagi kitorang makan. Haah itu lah kitorang nak mandi lah ni. Toilet ramai ke?" Kata Khai sambil mengusap lehernya. Cuba untuk kelihatan tidak mamai. "Toilet tak penuh dah. Semua dah mandi rasanya. Takpelah, awak mandi dulu," Perempuan itu tersenyum lebar. Manis orangnya.
Khai mengangguk dan dia mengucapkan terima kasih kepada perempuan itu. Setelah itu, perempuan tersebut mengatur langkah ke biliknya. "Eh kejap! Azrina! Azrina kan? Awak dah makan ke belum?" Kata Khai yang hampir hilang nyawa akibat terlalu cringed untuk ber saya awak.
"Haah ye saya Azrina. Laa tadi kan dah kenal-kenal? Lupa eh?" Azrina tergelak kecil dengan kelakuan Khai. Terlihat comel pun ada juga. Sekali lagi Khai mengusap lehernya sambil melihat bawah. Dia tersipu-sipu malu. "Saya ada short term memory loss. Maaf." Dia meminta maaf berkali-kali sambil ketawa.
"Eh tak mengapa. Mudah terhibur betul awak ni kan," Azrina tergelak apabila melihat Khai yang tak sudah dengan ketawanya. Apa yang kelakar tak tahu lah. "Saya belum makan lagi. Kenapa? Awak nak ikut saya pergi makan?" Tambah Azrina lagi.
Khai kembali terkaku. Dia menelan air liur. Terlalu anxiety untuk dia menjawab. "Um, tengok dulu macam mana. Saya mandi dulu. Nanti apa-apa hal saya bagitahu. Okay?" Khai mengangkat kening sambil tersenyum ke arah Azrina. "Eh boleh. Boleh sangat tu," Dia tersenyum kembali.
Khai terus memasuki biliknya. Sejurus dia menutup pintu, dia melihat Farah sudah pun bangun sambil melihat handphonenya. "Ish kau ni. Lain kali bukak lampu boleh? Apa main phone dalam gelap," Kata Khai. Dia terus bukak lampu akibat biliknya yang sudah gelap. "Pergi mandi. Kau belum makan kan? Jom pergi makan," Tambah Khai lagi yang sudah pun bersedia mengambil segala towel dan bekas sabun mandi.
Farah hanya mengangguk. Bad mood lepas bangun tidur agaknya. Khai tidak peduli dengan Farah. Dia terus melangkah ke bilik air. Setelah kedua-duanya siap mandi, Khai berborak dengan Farah sehinggalah biliknya telah dicerobohi oleh seorang manusia.
"You guys kita ada meeting ni. Jom kat pantry," Kata perempuan itu. Khai dan Farah pandang antara satu sama lain. Mereka hanya mengangguk dan ikut sahaja perempuan itu keluar. "Lisa, cukup ke kerusi? Kita ada lapan orang," Kata seorang perempuan lagi. "Cukup Sha. I tarik kerusi study I," Katanya lagi.
Sha hanya mengangguk. Lisa melihat kearah yang lain dan mengarahkan mereka untuk duduk. "Jom ice breaking," Kata Sha. Ya, walaupun petang tadi mereka ada sesi ice breaking bersama akak dan abang fasi, mereka tidak sempat untuk berkenalan antara satu sama lain. Yang lain hanya mengangguk tanda setuju untuk ice breaking bgi merapatkan hubungan silaturahim antara housemate gitu. Di meja pantry, hanya ada enam buah kerusi. Lisa ambil kerusi studynya sebagai tambahan. Seorang lagi terpaksa berdiri.
Mereka sudah pun menyesuaikan diri dan memulakan sesi ice breaking. "Kita start daripada awaklah," kata Sha sejurus dia memandang Azrina. Azrina tersenyum kecil lantas dia memperkenalkan dirinya. Semua kelihatan agak berpuas hati dengan cara Azrina bercakap kerana suaranya yang agak commercial serta kecomelan Azrina membuatkan seluruh orang di rumah itu terus suka melihat gelagatnya. Sesi ice breaking antara housemate dijalankan sehingga beberapa jam sesi pengenalan. Kebanyakkan mereka berasal dari Kuala Lumpur.

YOU ARE READING
Rewriting
RomanceCerita ini mengisahkan seorang perempuan yang suka akan pasangan sejenis akibat masa lampau. Nama diberi, Khairunnisa tapi lebih dikenali sebagai Khai. Khai merupakan seorang yang sangat kasar walaupun dia adalah seorang perempuan. Akibat dari pelba...