[ intro ]

248 38 11
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.
.
.
.

Aku duduk berteleku di meja paling hujung di dalam sebuah kafe di Rome. Dragoste's Cafe, itulah namanya. Kedudukan paling hujung menjadi pilihanku apabila bertandang ke sini, bukan hanya kerana terlindung daripada pandangan ramai, tetapi juga kedudukan itu seolah olah mempunyai nostalgianya yang tersendiri.

Setelah mengujarkan terima kasih kepada pelayan dan dibalas senyuman tipis, lantas aku mencapai garfu kecil yang terdapat reben merah jambu di pangkalnya seraya memotong kek coklat yang baru di pesan ku masuk ke dalam mulut. Kepulan asap yang menguap keluar dari secangkir yang terisi cappuccino, aku tiup perlahan sebelum menikmatinya pula dengan penuh nyaman.

Aku tersenyum sendiri mengenangkan betapa bahagianya aku pada hari ini apatahlagi dicampur baurkan dengan suasana di dalam kafe benar benar menenangkan hati. Gerimis di luar jendela menjadi perhatian. Semenjak dua menjak ini, gerimis hujan tidak jemu turun membasahi bumi Rome. Cermin jendela itu aku sentuh perlahan sambil netra mata ku memandang orang ramai yang memayungi diri masing masing. Tidak lupa, ada juga yang bergegas mencari tempat berteduh.

Tiba tiba mataku terhenti di lorong gelap tidak jauh dari seberang jalan raya, menyedari ada sepasang mata yang tekun memandang tingkah ku tanpa berniat sedikit pun untuk berganjak untuk berteduh. Bahkan dia hanya mengenakan hoodie hitam bersahaja.

Keningku sedikit berkerut saat jejaka tinggi lampai itu tiba tiba menarik sebelum sudut bibirnya, sinis.

Tunggu!

Dia.. Dia lelaki yang sama yang pernah aku nampak sewaktu di Korea. Ya, di Korea! Aku masih lagi mampu mengingati lekuk wajahnya yang kacak, seolah olah tidak pernah langsung berbuat jahat.

Jantung ini berdegup bagai nak terkeluar dari tempatnya. Nafasku terasa tersengal sengal seketika. Pandangan masih lagi tidak berganjak daripada jejaka yang sedang memasukkan kedua tangannya ke dalam hoodie sebelum menghilangkan diri di balik kegelapan lorong. Sempat dia melemparkan senyuman sinis, sekali lagi.

Aku memegang dadaku yang berdebar kencang. Nafas berat dihirup rakus sebelum menghembusnya. Aku tidak bodoh untuk tidak menyedari diri ku diekori olehnya. Ke mana sahaja aku berada, pasti kelibat dirinya akan muncul di ruangan mata.

Dia, penuh dengan misteri .

.
.

" Don't you ever dream to get rid off me "

.
.

" Gila! Kau gila!

.
.

collab with yourfayries

25 MAR 20

MANNEQUINSWhere stories live. Discover now