" reen cepatlah kejap lagi kelas muet kang teacher marah" kata alyssa
" yeyeye dah nak siap ni, aku cari buku muet n fail muet je tak menyabor kita still ada 5 minit" kataku walaupun 5 minit teacher akan masuk lambat juga. Aku pun tak tahu kenapa dia nak semua ada baru dia masuk kelas
"yela mmg lambat lagi tapi nnti meja n kerusi kita kene rembat" katanya
"aahlah aku lupa!!! cepat-cepat" kata ku, sebab siapa lambat akan dapat duduk belakang best memang best tapi nnti tak nampak apa yang cikgu tulis kat hadapan.
setelah sampai sahaja di kelas muet kelihatan bahagian depan sudah diduduki mahu ke tidak kitaorang kene duduk di belakang
" itulah kau kalau awal sikit tadi dapat duduk depan" kata alyssa
"ala sorry lah , selalunya ramai je belum masuk tetiber je harini semua tepat waktu. alyssa hanya balas dengan anggukan lalu aku siapkan kerja muet yang aku belum siapkan semalam tapi sedikit sahaja 2 minit siap
sedang aku membuat kerja aku dengar kerusi di sebelah ku ada orang duduk. again aku dikejutkan oleh dia siapa lagi kalau bukan iskandar dengan temannya iaitu faiz.
"takde orang kan sebelah kau? tempat lain semua dah penuh lagipun kalau duduk tepi tingkap tak nampak whiteboard sbb cahaya" terangnya
"takde orang pun duduk lah" kata ku tapi tuhan je tahu bertapa laju jantung aku berdegup sekarang sempat hidung aku menangkap bau perfumenya ya allah semakin tak keruan aku jadinya nak bercakap pun gagap-gagap.
kemudian kami hanya berdiam sahaja dan kelas muet pun start
" ish aku tak nampak lah lysa cikgu tulis apa kat hadapan tu" aku ni rabun tapi degil taknak pakai cermin mata sebab rasa malas and rasa rimas. sempat aku mengerling ke buku alyssa tapi buku nya kosong
"ntahlah doh aku pun tak nampak so aku tak buat lah hahahahahaha" katanya dengan nada selamba pakkal je dia ni. dia ingat ni cam spm ke boleh main-main tapi alyssa ni gifted tak belajar pun still msuk otak baru je baca buku terus boleh hafal.
tanpa aku sedari ada kertas di atas tanganku, rupanya iskandar yang bagi aku melihatnya dengan pandangan tertanya-tanya
" kau kan tak nampak tu aku dah salin tapi sorrylah kalau tulisannya buruk" katanya serba sedikit menyentuh hati aku
" thanks faham-faham je masalah aku" kata aku dengan melihatnya dari mata ke mata sambil tersenyum manis kelihatan dia agak gelabah tiba-tiba
"ish cepatlah salin aku nak salin lagi yang lain" katanya. Aku lupa yang dia ni pemalu lagi-lagi dengan perempuan sempat aku dengar rumor mengatakan dia sanggup lalu jalan jauh sbb taknak lalu jalan yang dipenuhi perempuan dan kalau bercakap pun bila ada perlu sahaja dan dia yang akan menudukkan pandangan HAHAHAHA
selesai sahaja waktu sekolah aku balik tumpang alyssa almaklumlah anak orang kaya datang sekolah pun bawak kereta honda.
"wei lepas ni kau tumpang aku jelah lagipun rumah kita bukan jauh"katanya. ada betulnya juga jadi aku takyhlah susahkan ayah.
" boleh juga nanti aku bayar okay duit minyak" kata ku
"ish aku tak kisahlah kau anggap jela kau ni peneman aku bawa kereta, dari duit minyak baik kau belanja aku kepal ke makanan ke tu aku on" katanya aku hanya gelakkan sahaja bab makanan no 1 laju je
"wei aku nak cakap something ni tapi aku harap kau jangan gelakkan aku or judge aku" kata ku. mungkin dah tiba masa aku cerita dekat dia tentang perasaan aku dekat iskandar
"apa?" tanya alyssa
" aku sebenarnya suka dekat iskandar" kata ku dengan selamba tapi muka alyssa langsung tiada riak terkejut namun dia hanya senyum sahaja
" aku dah tahu lama dah babe" katanya. Aku memandangnya dengan nada terkejut
" mana kau tahu??!!" tanya aku
" melalui pandangan kau dan sikap kau bila berhadapan dengan iskandar sudah nampak sangat kau sukakan dia tapi aku taknak lah aku yang tanya aku nak kau sendiri yang beterus terang. katanya.
"yeke sorry wei sbb taknak terus terang awal-awal" kata ku. Aku rasa bersalah sebab menyembunyikan perasaan aku tapi sekurang-kurangnya aku ada seseorang lepas ni aku leh cerita tentang iskandar.
" ala takpelah aku tak kesah pun, itukan privasi kau lagipun aku percaya iskandar itu baik orangnya" katanya lalu memandang aku sambil tersenyum
"thanks babe!!" kata ku lalu memeluknya
"ish takde apalah kau kan kawan aku, kawan dunia akhirat. okaylah smpai pun rumah kau gi lah mandi dah lah busuk!!" sempat alyssa bergurau
"ish mana ada!! bye alyssa sok jangan lambat siap" kata ku. sebab alyssa amat terkenal dengan sikap lambatnya.
"yeyeyeye kol 6.50 pagi aku sampai, bye!!" lalu alyssa gerak ke arah rumahnya
aku hanya melambai dari luar " ya kita kawan dunia akhirat alyssa" kata hatiku.
![](https://img.wattpad.com/cover/218036859-288-k115074.jpg)
YOU ARE READING
TENTANG AKU DAN DIA
Teen Fiction" aku rasa kau salah faham aku tak pernah anggap kau lebih dari kawan kau tahu kan aku sukakan orang lain? aku ingat kau hanya mahu seseorang yang boleh jadi kawan kau bercerita lagipun sedar lah diri aku dan kau jauh beza kita tak sesuai" kata- kat...