Setelah habis pembelajaran pada hari ini, tidak lama kemudian lonceng sekolah pun berbunyi menandakan waktu rehat telah pun bermula. Aku menghadapi masalah pertama iaitu aku tidak tahu selok belok bahagian sekolah ini. Tiba-tiba aku terkejut sedikit dengan suara Han yang tiba-tiba memecah keheningan
"Kau tak pegi rehat ke? Kan lonceng dah bunyi tu." Soal Han
"Arhh aku nak pegi juga tapi aku tak tahulah jalan kat sekolah ni. Kau teman aku boleh tak? Nanti aku makan same dengan kau ehh." Kata ku sambil membuat muka comel
"Ehe nak buat muka comel lak. Ah, jomlah pegi kantin. Nanti kita makan kat tempat aku biasa makan tau" Kata Han. Selepas itu, kami pun bergegas ke kantin untuk membeli makanan dan kemudiannya berjalan ke rooftop bangunan sekolah.
Aku berasa sedikit takut kerana kebiasaannya kawasan rooftop ini selalu saja ada pelajar gangster lepak. Harap-haraplah tak de pelajar gangster stay kat situ.
"Dah duduklah kat situ. Kau makanlah aku tak de selera nak makan." Kata Han sambil menyandar di dinding. Aku perasan mata Han mulai layu dan ditertidur disitu.
"Ahh sudah. Dia dah tido. Takkan aku nak biat dia kat sini. Lagipun kejap lagi waktu nak masuk kelas" Kata suara hatiku
Aku takut untuk membangunkan dia tapi dalam masa yang sama aku juga takut untuk ponteng ke kelas. Aku terdengar bunyi lonceng telah pun berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Dengan gagahnya aku membangunkan Han dengan menggoyangkan bahunya
"Oit Han. Bangunlah dah masuk kelas dah ni. Karang tak pasal-pasal kita kena denda" Ujarku sambil membangunkannya.
Matanya mula terbuka sedikit demi sedikit dan kemudiannya dia mengeliat. Dia terus berdiri dan berjalan turun dari rooftop. Aku yang perasan pergerakannya itu hanya mengikutinya sahaja. Aku berasa sedikit pelik kerana dia bukan berjalan menuju ke kelas tetapi dia melalui lorong yang lain. Rupa-rupannya dia mahu menuju ke tandas.
Sesampai di tandas kami terlihat beberapa orang pelajar perempuan berada didalam tandas sambil merokok. Aku terkejut melihat kehadiran mereka tetapi tidak kepada Han. Dia hanya melangkah masuk sahaja tanpa mengendahkan mereka.
"Oii budak. Kau tak nampak ke kitorang kat dalam sini ni. Yang kau main terajah masuk je apasal? Kau fikir ni sekolah bapa kau ke?" Kata seorang perempuan itu sambil menggenggam kolar baju Han.
Han kemudiannya menarik kolar bajunya dan kemudian menolak perempuan itu tadi.
"Aku tau ni bukan sekolah bapa aku tapi aku nak ke tandas. Salah ke? Tak salah kan? Mentang-mentang kau tua dari aku jangan harap kau boleh pukul aku sesuka hati kau" kata Han
Baru sahaja perempuan itu ingin menandang Han, aku dengan pantasnya menangkap kaki perempuan itu dan mengangkat kakinya ke atas hingga membuat dia terjerit kesakitan.
"Jangan kau berani-berani nak pukul kawan aku kalau kau tak nak sakit" kata ku sambil menunjuk kearah mereka satu demi satu.
Aku membawa Han masuk ke dalam kelas dan kami masuk setelah selesai masa kedua. Han terlihat sangat terkejut dengan kelakuan ku sebentar tadi.
"Oii kau tak bagitahu aku pon yang kau tak takut nak berlawan. Hebat siak kau ni. Kau lawan dia macam kau dah lama kat sini." kata Han
"Kau gila ke aku tak takut. Sebenarnya aku takut la cuma aku dah biasa kena buli. Then sejak dari tu aku dah tak takut nak lawan balik. Lagi satu. Kau nak tahu satu rahsia tak?" soal ku kepadanya
Han pun mengangguk penuh ketidak sabaran ingin mengetahui rahsia ku. Apakah rahsia itu? Tunggu lah next chapter😂
YOU ARE READING
My Memory
General FictionKisah ini adalah penceritaan semula tentang pertemuan kumpulan The Bijest