55

1.1K 98 11
                                    

"Agak agak bila Jungna boleh sedar?" Tanya Jungkook kepada Doktor yang sedang memeriksa Jungna

"Bergantung kepada tuan badan. Kalau dia seorang yang kuat, dia akan sedar secepat mungkin, kalau tak, mungkin lebih lama lagi nak kena tunggu" Terang doktor itu. Jungkook mengangguk

"Terima Kasih Doktor sebab merawat Jungna" Jungkook bow kepada doktor itu

Doktor itu hanya mengangguk lalu tersenyum

Skip

Jimin bergegas ke hospital apabila dia sedar bahawa dia dah terlambat nak ke hospital. Tetapi malangnya, dia terperangkap dengan keadaan jalan yang terlalu sesak

"Aish korang ni. Masa ni gak la nak korang nak sesak" Bebel Jimin sendirian

Tit tit tit

Jimin menjawab panggilan tersebut

"Hello Tae?"

"Yow.. kau kat mana? Dah nak sampai hospital ke?"

"Hmm, jalan sesak, mungkin aku lambat sampai sana"

"ni mesti kau guna jalan belakang kan? kan aku dah pesan, guna jalan depan. Aduh kau ni! Slow ar"

"Lek ar Tae, sesak ni takkan lama la. Kejap je ni. Dalam 15 minit nanti sampai la aku"

"hok aloh.. iyo la"

"Hmm"

Tuttuttut

Skip

Seperti yang dijanjikan, Jimin datang ke hospital tepat pada masanya. Dia bertanya kepada nurse untuk mengetahui keberadaan Jungna

Dalam perjalanan ke wad Jungna, Jimin terperasan satu nama yang di papan kenyataan hospital itu. Ianya ialah senarai nama pesakit yang meninggalkan dunia pada minggu ini.

Jimin hanya mengendahkan lalu ke wad Jungna. Dia ternampak Jungkook dan Taehyung yang sedang duduk di kerusi yang disediakan sambil bersandar antara satu sama lain

"Ui" tegur Jimin

"Eh kau. Lama tak jumpa bro" Jungkook bangun lalu memeluk erat Jimin. Taehyung hanya memandang mereka berdua.

"Jungna macam mana?" Tanya Jimin.

"Hmm macam tu jugak la min" Jawab Taehyung

"Kalau kau nak masuk, masuk la. Kitaorang kat luar ni je" Sambung Taehyung lagi

Jimin hanya mengangguk

Dia tolak perlahan pintu wad itu dan masuk ke dalam secara senyap senyap

Hampir luluh hatinya melihat keadaan Jungna yang terdampar di katil hospital itu. Dengan wayarnya lagi. Amat menyerabutkan kepada siapa siapa yang melihat nya

Perlahan lahan Jimin duduk di kerusi yang terletak di sisi katil itu. Tangan nya mengambil tangan belah kanan Jungna sambil mengusapnya

"Jungna ah. Im here. Wake up please." Rayu Jimin. Air mata yang ditahannya tadi akhirnya jatuh mengenai tangan Jungna.

"Jimin cintakan Jungna! Jungna tak sayang oppa ke? Oppa dah lama tunggu Jungna. Oppa minta maaf. Oppa janji tak buat lagi kesilapan itu. Oppa hanya sayangkan Jungna. Kalau oppa tak salah dulu, mesti kita dah ada anak dan hidup bahagia selama ni"

"Kenapa Jungna rahsia kan penyakit Jungna? Kami semua ni tak penting ke? Kesian Jungna kena hadap penyakit ni sorang sorang. Oppa mintak maaf sangat sangat" Jimin menunduk untuk meneruskan tangisannya

Jungkook dan Taehyung hanya mendengar luahan Jimin di sebalik pintu. Sebak hati mereka melihat pasangan suami isteri itu

Tanpa mereka sedar, jari Jungna mula bergerak gerak. Jimin masih lagi dengan tangisannya

Bergerak gerak bebola mata Jungna, akhirnya terbuka.

"Ji.. ji.. jimin ah" Panggil Jungna lembut

Terus terangkat kepala Jimin dibuatnya. Dengan muka dia yang hancur teruk dek air mata dan hingus tu mampu membuat kan semua kegelian, dia terus terangkat dari kerusi itu

"SAYANG!" Jerit Jimin. Dia memeluk Jungna erat. Jungna membalas pelukkan tersebut

Jungkook dan Taehyung terkejut melihat keadaan itu terus bergegas memanggil doktor.

TBC

Heol.. im back hmm 🤫

cuti panjang nak mampus ni korang wat pe je?
cer share sikit 🥺

𝐷𝑢𝑑𝑎 𝐻𝑜𝑡 ᵖᵃʳᵏʲⁱᵐⁱⁿ ᵇᵗˢ ✔Where stories live. Discover now