Bab 04

7.9K 381 26
                                    

31 Mac 2020/ 10 April 2024

Buku-buku di hadapanku itu aku gapai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buku-buku di hadapanku itu aku gapai. Belek satu per satu tajuk buku-buku tu, tentukan novel mana yang patut aku baca. Tapi otak aku ni langsung tak boleh terhindar daripada fikirkan tentang lelaki yang menyelamatkan aku tu.

Dia okey tak? Sihat? Yang lebih penting, dia selamat ke tidak?

Masih aku ingat reaksi terakhir lelaki itu sebelum kami berpisah. Tak lama lepas dia mematikan talian, lima minit setelah itu ada seorang lagi lelaki yang aku tak kenali muncul entah daripada mana.

Tak perlukan bicara, kedua lelaki itu langsung sahaja menggunakan bahasa isyarat apabila mata mereka beradu. Faham apa yang dimaksudkan, lekas lelaki baru itu serahkan satu briefcase berwarna silver itu kepadanya. Kemudian, lenganku pula jadi galang gantinya.

Faham akan kehendak lelaki bersut navy blue itu, lengan aku dipegangnya kuat. Bingung aku. Apa ni, dia orang bersistem barter ke? Ingat aku ni barang yang boleh dipasing-pasing?!

"Apa ni? Lepaslah!" Masih keliru, aku tarik tanganku secepat yang mungkin daripada lelaki itu. Bila tengok tak ada tanda-tanda dia mahu melepaskan aku, kepalaku paling semula kepada lelaki tadi. Itu pun hanya untuk melihat wajah tak beremosinya.

"Take care of her, Ilham. Make sure you drive her home safely." Hanya itu sahaja arahan yang dia berikan sebelum mata hitamnya kembali kepada lelaki yang dipanggilnya Ilham itu. Ilham angguk sekali, tanda faham.

"Of course, sir." Balas Ilham pula, memberi jaminan.

Tanpa diberi penjelasan apa-apa lagi, lenganku terasa ditarik kuat buatkan kaki aku turut terpaksa mengikuti langkah Ilham.

"Tapi, tapi dia macam mana?" Sedar kami mula meninggalkan kawasan itu, aku terus pandang semula lelaki tinggi itu. Dia masih berdiri kukuh di sana. Juga merenung aku. Pandangannya beku tapi terlihat lega. Seketika dia kami berpandangan sebelum tubuhnya dikalih ke arah Luq dan Coby.

"Dia akan okey." Kata Ilham, tenang meyakinkan aku.

Okey apanya kalau Luq dan Coby itu dah terpekik marahkan kawan dia tu? Namun tak ada tindakkan selanjutnya yang dilakukan kepada lelaki itu apabila mulutnya bergerak sedikit. Automatik kedua ahlong itu berdiri pegun di hadapan lelaki itu. Mendengar dengan teliti, boleh kata bagaikan mereka tertarik akan bicara lelaki itu.

Apa yang lelaki tu cakapkan sebenarnya? Dan kenapa lepas dia tunjukkan briefcase itu, tawa sinis meletus di bibir anak-anak buah ahlong itu?

"Ergh!" Tak dapat alihkan perhatian aku daripada fikir kejadian aneh tu, kepalaku hantukkan dengan novel. Berharap agar aku berhenti berfikir. Namun mulut pula mendesis kesakitan bila perasan buku yang aku pergi hentak tu hardcover!

"Dah tahu sakit yang kau hantukkan kepala kau juga dah kenapa?" membebel aku pada diri sendiri. Sambil-sambil itu usap lembut dahi yang terasa perit.

"Kalau ada apa-apa yang awak perlukan, awak boleh call saya. Saya akan bantu."

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now