06 April 2020/ 18 April 2024
Air yang Leon buatkan untukku itu jadi mainan tangan. Tak tahu nak buat apa bila duduk berdua dengan lelaki ini. Mata aku jangan tanya ke mana, sudah tentutlah melekat tepat di wajahnya.
Americano yang diodernya itu Haziq angkat lalu dihirupnya perlahan. Perbuatan simple, tapi kelakuan tetib dan sopan itu selari dengan imejnya. Beri ekstra point yang buatkan dia kelihatan lebih segak.
Tak perlu tunggu seminit pun, dia mulai peka yang aku sedang memerhatinya. Mata tajam itu diangkat sekilas cuma ke wajahku sebelum dia tengok skrin telefonnya semula. Tapi itu pun dah cukup untuk buat pipi aku panas semacam.
"Does my presence make you uncomfortable?" soal Haziq. Perasan pula dia yang aku tak tenteram duduk berdua dengannya.
Mana taknya kalau kejap-kejap aku tengok muk sendiri, kejap-kejap tengok muka dia. Tak lama lepas itu paling muka kat meja jiran sebelah pula. Itu pun untuk kira berapa pasang mata wanita yang tengah jeling gatal ke arah Haziq. Sedar tak sedar, penangan yang Haziq bawa masuk ke kafe ini buatkan pelanggan perempuan lebih berminat untuk perhatikan dia berbanding baca buku di tangan masing-masing.
Dudukku perbaiki dulu lalu jawab.
"Tak." Liar!
"Good! Sebab aku pun memang suka kalau orang tengok aku non-stop." Dengan muka tak beraksi, Haziq berujar malas. Jangan pula tak sedar yang dia tengah bersarkastik dengan aku sekarang ni.
Kekal senyum, menu yang ada di meja itu aku ambil lalu selak selembar.
"Encik tak nak apa-apa lagi? Dessert, maybe? Kalau tak saya boleh ambilkan kat sana." Aku cuba berbudi. Siap tunjuk lagi kawasan pastri itu walaupun Haziq nampak tak kesah.
"I'm not fond of sweet stuff." Jawapan bersahaja. Okey... Dia tak suka dessert. Noted!
"Kalau macam tu, ada buku yang encik teringin nak baca tak? Kalau encik tak kesah, saya boleh suggest beberapa novel yang mungkin encik akan berminat? Encik suka genre apa? Fantasi? Sains fiksyen? Aksi? Misteri? Komik atau manga?"
"Neither of them, so no thanks!" Bukan penggemar bukulah maksudnya? Faham! Menu itu aku tutup lalu melepas nafas panjang.
"Emm, ada apa-apa lagi tak yang encik tak suka? Contohnya macam saya mungkin?"
"Pardon me?" Haziq terus angkat muka kali ini. Pandang aku macam aku buat salah aje.
"Bukan apa, encik ni macam tak suka aje saya ada kat depan encik. Kalau nak suruh saya beredar pun, saya okey aje. Bolehlah saya sambung balik kerja saya." Tak teragak-agak pun aku berdiri. Namun pandangan Haziq itu macam tengah mengancam aku pula. Seolah-olah kalau aku beredar sekarang ini, sekejap itu juga mata tajam dia tu boleh penggal kepala aku. Erk!
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...