"Dan yang paling penting sekali boss. Dia adalah anak kepada Khalif. Khalif telah berhutang dengan kita hampir 500,000 ringgit boss. Kami dah cuba untuk minta dari dia tapi dia selalu mengelat. Leceh betul"
Kata-kata dari pemberi maklumatnya terngiang-ngiang di kepala. "Huhhhh. Tak sangka kecil betul dunia ni. Aku akan pastikan hidup kau lepasni merana Aina. Berani sangat kan naik tangan dekat aku. Huhhhhh. Thanks kepada bapak kau kerja aku makin mudah sekarang ni." Kata Ryan seorang diri sambil tersengih jahat.
"Muahahahahahahahauhukuhukuhukhuhuk" belum sempat lagi Ryan menghabiskan tawa jahatnya dia terus sahaja tersedak. Hampir terkeluar anak tekaknya. Air mineral pantas dicapai dan diteguk dengan laju. "Ni mesti ada orang sebut nama aku ni" kata Ryan dalam hati.
"Eeeeeeeee.. Izz Adryan Haiqal rupanya nama kau. Nama sedap dah. Tapi tula kesian. Perangai hodoh. Eeeeeeeeeeee.... geramnyaaaaa..... sendu punya pakcik..ehhhh bukan pakcik. Dah datok dah ahhh. Macam syaiton jer. Eeeeeeeee." Terus sahaja Aina mengumpat perihal 'CEO' tersebut sebaik sahaja nampak mukanya di page hadapan surat khabar yang ingin dibacanya.
"Dasar kerepot. Datok tua. Dah ada cucu pe. Ada muka tapi akhlak takde buat apa. Menyakitkan hati jer. Mintak jadi secretary jerkot. Syarat macam nak suruh jadi submissive dia plak." Aina terus menerus mengata perihal datuk kerepot tersebut.
'Sweet talk to me babe. It's magical. Sweet lullaby. Maeil maeil deowonhae.'
Lagu Lullaby daripada artis GOT7 menandakan seseorang menelefonku. Button hijau kutekan sebaik sahaja melihat nama yang terpapar di muka skrin.
"Assalamualaikum, ayah. Kenapa call adik ni? Adik dah dalam perjalanan. Lagi 5 minit macam tu adik sampai lah rumah." Belum sempat si ayah memulakan kata terus sahaja Aina membuka bicara.
"Baguslah kalau macamtu. Kami memang tengah tunggu kepulangan kau pon" kata dari seseorang yang tidak dikenali oleh Aina. "Kau sapa!!?" Soal Aina. Hatinya mula gusar memikirkan Bapa nya di rumah. "Hello! Hellloooo!erggghjhhhhhh" kata Aina sebaik sahaja mendapati pihak disebelah sana telah menamatkan panggilan.
Walaupon hubungannya dengan ayahnya tidak seberapa baik, tetapi dia masih merisaukan ayahnya dirumah sana. Ibunya sudah lama tiada bersama abangnya. Kes kemalangan ibu dan abangnya masih segar diingatan. Sejak kehilangan mereka, ayah banyak berubah.
Ayah sudah mula keluar lewat malam. Kadang-kadang balik dalam keadaan yang mabuk teruk. Memukul, menendang, menjerkah sudah menjadi seperti rutin harian terhadap dirinya. Aina mahu keluar mencari kerja dibandar pun dibantah pada awalnya. Sehinggalah Aina mengatakan bahawa dia akan memberikan 90% dari gajinya kepada si ayah barulah dilepaskan.
Namun, kini apa gunanya. Dia masih tiada kerja. Dia perlukan duit. Tapi tidaklah sampai sanggup menggadaikan maruahnya. Bila memikirkan itu, hati Aina kembali geram dengan dato' kerepot tersebut. Dia masih tak boleh brain dengan syarat tuh. Giler agaknya mamat tuh. Fikir Aina.
"Assalamualaikum." Baru selangkah Aina memasuki rumah, dia sudah dapat melihat dengan jelas akan orang orang yang sedang duduk dihadapan telivisyen itu. Serentak itu, kesemuanya membuang pandangan ke arah Aina. Aina mula berasa kekok.
"Aina pergi kemas baju kau sekarang!!!. Keluar dari rumah ni. Aku taknak tengok lagi muka kau.!!! Dasar anak tak kenang budi!!! Baru berapa hari kau duduk bandar dah buat perkara tak senonoh. Memalukan aku jelah.!!!!" Jerkah si ayah. Tetamu-tetamu tersebut hanya tersengih sinis di belakang.
"Ayah apa ayah cakap ni? Aina tak fahamlah. Aina tak pernah benda yang tak senonoh kat bandar." Soal Aina dengan muka yang mulai merah. Dia cuba sedaya upaya menahan tangisannya dari keluar. Empangan air matanya hampir pecah.
"Takyah nak berlagak suci sangatlah. Kau ingat aku heran sangat ke ahhhhh kau suci ke tak. Depa ni dah bayar aku 500,000 ringgit untuk tubuh kau ni. Aku dah jual hang kat depa. Untung aku. Nak harapkan kerja hang sampai bila aku tak leh dapat duit sebanyak tu." Jerit Khalif lagi. Anak perempuannya diseret tanpa belas kasihan ke arah biliknya.
2 helai baju tshirt dan seluar disumbatkan Khalif kedalam beg sandang yang sudah tersedia sebelum beg tersebut dizipkan dan dilempar ke arah Aina. Aina mula menangis tersedu-sedan. Tidak sangka ayahnya sanggup menjualnya hanya kerana duit. Kemanakah perginya ayahnya yang penyayang dulu!!!??
TubuhAina diseret sekali lagi. Kini ia menuju ke arah tetamu tersebut pula. Tubuh Aina dilepaskan dan ditolak dengan begitu ganas ke arah tetamu tersebut. Tangisan Aina tidak sedikit pon merobek hati jahatnya.
"Kau bawa lah perempuan sial ni dari sini. Aku dah taknak ada kena mengena dengan dia mulai sekarang. Hidup pandai menyusahkan aku je."ujar Khalif kepada tetamu tersebut dengan suara yang marah.
Aina masih lqgi tersedu sedan di lantai rumahnya itu. Aina mulai meronta-ronta apabila tangan asing itu ingin mengangkatnya pergi. "Aku taknak ikut koranglah" jerit Aina sambil terus meronta-ronta. Akibat kesusahan yang dihadapi oleh tetamu tetamu tersebut, akhirnya mereka terus mengeluarkan sapu tangan yang mengandungi kloroform dan menutup mulut Aina menggunakan bahan tersebut.
Aina mulai terkulai pengsan akibat kloroform yang digunakan. Tubuhnya terus diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta dibahagian seat belakang sebelum ditutupnya semula.
"Ingat Khalif. Mulai sekarang kau dah takde kena mengena dengan Aina. Jangan sesekali kau rapat dengan dia lagi. Kalau kitorang nampak, kau mati." Mudah dan padat amaran penyangak tersebut kepada Khalif. Mereka mulai masuk kedalam kereta dan memandu pergi. Meninggalkan rumah durjana tersebut.
Teaser next bab:
"Apa awak buat dekat sini huhhh?" Ujar Aina. Cadar ditarik menutupi bahagian auratnya yang terdedah. Persekitaran yang tidak dicam menakutkan Aina. Dia cuba mengingati kembali kesemua yang berlaku.
YOU ARE READING
FOREVER YOUR'S
RomanceMempunyai bapa yang kaki judi bukanlah senang. Akibat dari pinjaman beribu oleh bapanya,dia yang menerima padah. Dunia ini sungguh kejam! Tidak sangka interview tersebut membawa padah yang teruk ke atas dirinya. Menyesal tidak terhingga. Itulah Nur...