Hujan renyai membasahi bumi Kuala Lumpur. Kelihatan kelibat seseorang berjalan terhuyung-hayang sambil memegang perutnya, menahan kesakitan. Dia mendekati rumah besar yang seakan-akan sebuah istana itu. Loceng ditekan, wajahnya yang dipenuhi kesan lebam menyeringai, rasa sakit yang dialami cuba ditolak ketepi.
"Siapa?" Suara dari interkom menyapa disebalik keheningan malam. Kelibat itu diam tidak berkutik. Tenaganya sahaja hampir habis menahan kesakitan yang tidak terhingga, mana mampu dia untuk berkata walau sepatah dua. Hanya hembusan nafasnya yang tercungap-cungap mampu dihela. Wajahnya diangkat ke arah kamera litar tertutup yang ada, bayang-bayang tidak lagi menutupi wajah polos itu, cukup untuk membuatkan orang di dalam segera membuka pintu pagar automatik.
"Panggil ambulans cepat!" Suara seorang wanita bergema di seluruh banglo itu. Dua orang jejaka berlari keluar, salah seorang menyambut tubuh kecil gadis yang tidak lagi mampu melawan kesakitan yang dialami.
"No, no, no! Jangan tutup mata awak." suara lelaki tersebut bergetar, cuba menahan emosinya yang semakin kucar-kacir.
"Saya penat. Jangan kejut tau." Satu senyuman, buat mengakhiri segala penderitaan. Matanya yang cantik ditutup rapat tanpa sebarang peduli terhadap dunia. Dunia yang sudah banyak menyakitinya.
"Anith!!"
YOU ARE READING
Sebelum Terlambat
Romance"Apa kau buat dekat sini? Aku dah suruh kau blah kan?" pandangan jelik dilemparkan kepada Anith. Sambil menghela nafas yang berat, dia hanya memandang kosong ke arah Farish. "Kenapa? Tak cukup kau cuba nak rosakkan hubungan adik aku dengan Hana dulu...